Monthly Archives: January 2012

Time Lapse Yang Paling Menarik ! – 17 Countries. 343 Days. 6237 Photographs. One Incredible Journey

wow! tak pernah lagi aku tengok time lapse yang sungguh cool macam ni kan

boleh around the world in 5 minutes je. macam-macam tempat ada dalam time lapse ni

ni yang terasa nak menjelajah ke dunia luar ni. dok terperap dalam negara pun x guna juga kan 🙂

jauh perjalanan luas pemandangan, betullah kata orang tua-tua tu.

let’s pack! let’s get lost! NatGeo Adv!

Loading

[4 Photos] Percutian Singkat Ke Mall Rd (New Murree) di Kala Musim Dingin Yang Mencengkam | Winter 2012 | View From Hotel in Mall Rd, New Murree | Punjab Province, Pakistan

Musim sejuk adalah musim yang dinanti-nantikan di sini.

Setiap tahun kami rakyat Malaysia di sini akan singgah ke Murree dan Bhurban untuk menikmati suasana musim sejuk yang mencengkam.

Biasanya Winter Trip agak ramai yang sertai.

Kali ini akan disertai oleh 30 rakyat Malaysia di sini.

Nantilah saya akan buat special blog post untuk winter trip kali ini.

Banyak betul gambar-gambar yang saya ambil kali ini.

Beratus-ratus gambar sebenarnya. Kita layan gambar-gambar dahulu ya.

[ 1 ] Rakyat Malaysia di Islamabad. Bergambar Di Hadapan Suruhanjaya Tinggi Malaysia Islamabad. Winter Trip ke Murree dan Bhurban | Winter 2012 | Murree & Bhurban | Punjab Province & Khyber Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 7-9 01 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Biasanya kalau dah nama Malaysian, pergi jalan-jalan ke mana-mana pun tetap nak makan masakan Malaysia kan.

Justeru biasanya saya akan memasak masakan Malaysia terutamanya jika dapat berkumpul beramai-ramai sebegini.

Memang riuh-rendah jawabnya suasana apabila kami dapat berkumpul pergi bercuti beramai-ramai sebegini.

Makan pula nasi lemak dan mee goreng.

Owh sungguh heaven rasanya dapat menikmati nasi lemak di bumi asing Islamabad ini.

Hujan Lebat Membasahi Bumi Islamabad, Melebatkan Salji di Murree & Galliyat dan Di Bukit Margalla ! | The Galliyat, Murree Tehsil | Punjab, Pakistan

Live Update: 8 Jan ’12, 12.38am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

alhamdulillah setelah berbulan lamanya hujan turun di isloo
memberikan rahmat dan menggembirakan hati ramai orang
tanaman gandum telah bermula, juga musim salji murree
hujan pada khamis dan jumaat sememangnya tidak diduga
penulis telah ke pergunungan murree sabtu pagi ini
memang seperti diduga salji begitu lebat sekali, banyaknya!
di bawah gunung pun dah banyak inikan pula di atas
jalan ke nathiagali telah ditutup, begitu juga jalan murree
sudah lama tidak bermain salji kan. hehe jom bersalji!

Loading

Snow Photography Tips 2012 – Walaweiiii Dah Tak Sabar La Nak Main Salji !

tahun lepas aku main belasah je snap salji dengan digicam sony

tahun ni lepas dah ada dSLR ni kena la belajar sket2 kan. white balance? apakah!

nak cober dSLR ni pun bukannya senang. kalau snow tebal sangat susah gak ni

apa2 pun mari kita belajar dulu cara2 nak snap gambar dalam snow yang cun melecun!

sebenarnya susah jugak la nak snap pic dengan video dalam snow ni tau

sebab area keliling memang putih je. so camera akan confuse dgn white balance

kalau snap pakai flash terus gambar akan jadi gelap. tapi kalau pakai flash boleh nampak salji!

lagi satu kena cover camera gak takut mist dengan basah sebab salji ni basah sebenarnya hehe 🙂

Loading