sekilas cinta ella = epitome butterfingers ?

ni apa cerita plak eh. kecil sungguh industri muzik kita ni kan

sumber – harian metro

Kontroversi lagu baru Ella

Oleh Ellyna Ali | elly@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Benarkah ‘Sekilas Cinta’ yang dimuatkan di dalam album studio terkini Ella, Rama-Rama sebuah lagu baru sebagaimana yang didakwa syarikat rakaman EMI Muzik Malaysia?


Ataupun ia sebenarnya sebuah lagu Inggeris yang pada asalnya dipopularkan sebuah band muzik tempatan tetapi kemudian liriknya diubah ke dalam bahasa Melayu?

Inilah yang menjadi titik persoalan apabila muzik bagi lagu ciptaan Loque & Hilman itu benar-benar mempunyai persamaan dengan Epitome yang diangkat daripada album ketiga Butterfingers, Transcendence pada 1999.

Sungguhpun terdapat sedikit perubahan yang dilakukan pada susunan muziknya, namun secara hakikatnya lagu itu memang mempunyai persamaan dengan Epitome.

Yang berubah, hanyalah pada liriknya saja yang ditulis Loloq. Malah, ia jauh berbeza dengan isi kandungan lirik asalnya.

Vokalis Butterfingers, Emmet Ishak ketika dihubungi berkata, dia dan anggota band yang lain sama sekali tidak tahu-menahu lagu Sekilas Cinta Ella mempunyai persamaan dengan Epitome.

“Biarlah saya dengar dulu lagu Sekilas Cinta itu sebelum membuat apa-apa keputusan. Lagipun Loque sendiri tidak berada di dalam negara kerana menyambung pengajiannya di Boston, Amerika Syarikat.

“Namun, jika benarlah lagu itu mempunyai persamaan dengan Epitome, ia satu khabar yang cukup mengejutkan, apatah lagi ia ciptaan Loque,” katanya.

Satu sumber pula mengatakan, secara dasarnya EMI tidak melakukan apa-apa kesalahan jika mengambil lagu Epitome itu tanpa keizinan Butterfingers kerana perkara itu ada termaktub di dalam perjanjian antara artis dengan syarikat rakaman itu.

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 responses to “sekilas cinta ella = epitome butterfingers ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.