kenapa la diaorang ni membuli orang lain eh?

apa la nak jadi dengan malaysia sampai kes buli pun dah menular ke kem tentera pula. sama plak macam di penjara di iraq. ish ish ish. camner la benda ni boleh berlaku kan. mungkin kagat perlu mengambil peluang ini untuk memperbetulkan keadaan 🙂

sumber – berita harian

Kejadian buli ala tentera AS menular

KELMARIN kita dikejutkan dengan kejadian buli melampau yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar senior terhadap seorang pelajar junior. Minum air longkang, rendam kepala di dalam longkang dan bermacam-macam lagi.

Perasaan saya amat marah ketika membaca dan melihat berita ini. Di sini tergerak juga hati saya untuk melakukan sesuatu demi kebaikan kita.

Mengapa gejala ala tentera Amerika Syarikat (AS) mula menular dan semakin rancak berlaku di negara kita? Istilah ‘nakal’ yang digunakan sesetengah pihak terhadap golongan pembuli ini sudah lapuk dan tidak sesuai, sepatutnya ‘jahat’ atau ‘samseng’ dilabelkan ke atas mereka.

Kepada pihak berkenaan, tolong jalankan tugas untuk membanteras gejala ini dengan lebih tegas! Tidak guna disimpan golongan belia sebegini lagi jika mereka hanya tahu berlagak berani membuli orang yang lebih lemah.

Saya percaya ramai lagi rakyat Malaysia yang marah dan prihatin dalam hal ini. Marilah kita bersama-sama menangani gejala ini dengan lebih sistematik dan terancang agar tidak terus menular di negara kita yang mengamalkan masyarakat penyayang dan toleransi

Setakat memanggil dan mendenda pelajar berkenaan tidak mencukupi kerana ini hanya membuatkan mereka berasa tidak gentar dengan tindakan yang sedia ada.

ABDUL RAHMAN YAHAYA,
Kuala Lumpur.

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 responses to “kenapa la diaorang ni membuli orang lain eh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.