hari ni genap 10 haribulan oktober 2010 ataupun 10.10.10
dan ada dua jam yang istiwewa 10.10 pagi dan 10.10 malam sekali
apa yang korang buat pada hari ini ?
apa yang berlaku di malaysia dan pakistan secara amnya ?
meh sini kita kongsikan bersama ya !
aku buat bullet form la senang sket kot
- pagi ini aku bangun dengan sakit tekak wooo. tanda2 nak demam la ni kan. xde selera nak breakfast la plak.
- tengah hari ada majlis lunch di butterfly golf course di bahria town, rawalpindi/islamabad. semua warga malaysia dijemput hadir. golfers ada session 9 holes pagi tuh. aku non-golfer so nak join untuk lunch sahaja. cuaca agak panas. rasanya mcm nak masuk autumn tapi kenapa still panas ni eh? dah la kat bahria town ni xde pokok2 besar lagi la panas woooo
- dah ada 7 orang warga malaysia bekerja di bahria town islamabad. mmg ramai. paling ramai selepas warga malaysia di embassy. lepas ni bolehlah aku selalu ke sini. hehe 🙂
- pertama kali aku singgah ke golf course di bahria town islamabad. nampak impressive. ada helang-helang liar berkeliaran. eh silap. beterbangan. kalau helang berkeliaran, camner no nak putting kat green kan. hehe 🙂