sokong la dengan pendapat surat kali ni. apa la yang kerajaan nak rugi kalau bagi je hadiah tu kan. apa la sangat hadiah2 tu semua kalau nak dibandingkan dengan janji2 manis yang ditabur oleh menteri terdahulu. ni dah macam kes lidah bercabang la plak kan. bagi je la hadiah tu habis cerita. kes2 kecil camni ni pun nak diperbesarkan. banyak lagi kes2 besar pasal ekonomi, politik dan sosial yang nak difikirkan.
sumber – berita harian
Isu hadiah contoh rakyat dipermain
Tidak adakah jalan lain untuk menyelesaikannya? Kalau menteri yang dipilih rakyat berjanji, selepas itu tidak ditunaikan, apa pula pandangan rakyat? Lambat laun kepercayaan rakyat pada menteri dan kerajaan akan goyah.
Tambahan sekarang terlalu banyak perkara yang membuatkan rakyat berfikir dan seolah-olah dalam hal ini kerajaan dan menteri bermain politik dengan rakyat. Jangan sampai rakyat meluat dan tidak menyokong kerajaan satu hari nanti.
Saya memang penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional, takut satu hari nanti keyakinan saya juga jadi goyah. Dalam hal ini kerajaan tidak prihatin dengan janji.
Jangan menampakkan kepincangan pentadbiran kerajaan kerana masalah kecil begini. Malaysia ada banyak agenda besar yang hendak ditujukan.
WAKIL RAKYAT JELATA,
Johor Bahru.

One response to “isu hadiah contoh rakyat dipermain?”