lately semenjak astro bertukar kepada measat 3, macam2 komplen keluar dalam paper. nasib baik area taman melawati tak kena. kalau tak sure terbang la rm100 semata2 nak memperbetulkan satelit disc astro sahaja. ish ish ish. apalah sangat kalau astro bagi free je cost nak align tu kan. after all bukan pengguna pun yang minta align to measat 3, astro yang suruh kan. manalah hak pengguna kita ni eh?
sumber – utusan malaysia
Pengguna mahu Astro tolak ansur
TV berbayar Astro difahamkan sedang mengubah pancarannya melalui satelit Measat 3 dan meminta supaya pelanggannya seluruh negara bersedia memberikan laluan dengan cara decorder Astro sentiasa dibuka sepanjang masa.
Apa yang menjadi masalahnya sekarang ini boleh dikatakan setiap salurannya sama ada gambarnya tidak terang atau pun tidak ada langsung dan ini merugikan pelanggan tetap Astro itu sendiri.
Perkara ini berlaku semenjak akhir Januari 2007 lagi dan mungkin dijangka pulih apabila persediaan penerimaan pancaran setelit Measat 3 pulih saperti sedia kala tetapi persoalannya sampai bila?
Sebagai pelanggan setia kami rasa rugi kerana bayangkanlah apabila membayar hampir RM100 sebulan tetapi kebanyakan salurannya masih tidak berfungsi dengan baik dan kadang kala langsung tidak ada gambar di kaca TV.
Apabila kami membuat aduan kepada pihak pentadbiran Astro, ia masih lagi tidak dapat mengubah gambar yang tidak terang itu.
Diharap pihak Astro dapat memberikan diskaun atau mengurangkan bayaran yang dikenakan sepanjang ia dalam penukaran pancaran satelit.
Kalau sekiranya pihak Astro mengenakan denda dan memotong siaran pemancar jika lewat sedikit menjelaskan bilnya, maka diharap pihak Astro bertolak ansur pula mengurangkan bayaran bilnya mengikut berapa hari semasa pelanggannya tidak dapat menikmati pancaran saluran dengan baik dan sempurna.
Astro hendaklah berlaku adil kepada pelanggan setianya.
– SYED ABDULLAH JAMALULLAIL,
Ampangan, Seremban.