hellotxt is the simple, FREE way to read, update and organize your life on multiple social networks.

amik ko aku copy perenggan dalam helloTXT page letak as subject title. haha

sure pening kepala la google crawler nak mencari nanti kan. hehe

anyway ni aku nak habaq kat hangpa semua la kan

click je la kat sini ok

kalau rasa2 mcm malas nak update fb or twitter secara berasingan, bolehlah cuba app ni

mmg cool giler. paling best sebab works dengan nokia e71 aku.

boleh update both fb ngan twitter serentak. simple giler

nak update berlambak2 social bookmarking ngan blog pun boleh wooooo hehe

Loading

Bermain Polo Padang Rumput di Gilgit

Live Update: 9 Feb ’10, 9.39am PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam

Tu dia, siapalah yg x teruja bila tengok gambar neh kan
Dapat menyaksikan permainan polo berkuda di padang rumput
Tengok la view kat belakang tuh, dengan gunung bersalji sekali
Ni yg nak kena pergi ke sana julai ni nanti. Hehe

Loading

Adakah Salji Akan Turun di Islamabad ?

Live Update: 9 Feb ’10, 9.03am PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam

Dah berhari2 hujan ni, semenjak jumaat lepas lagi
Best plak dapat smells the morning rain kan. Hehe
Last year ada hujan batu sekali
Harap2 this year ada salji la sekali kat town ni, bestkan kalau ada salji turun depan rumah. Hehe

Loading

Kadang-Kadang Bila Keadaan Sudah Terdesak, Dan Kita Tiada Pilihan Lain, Kita Akan Berserah Kepada Yang Maha Esa Seadanya

*ini adalah catatan perjalanan sepenuhnya di dalam bahasa melayu,

tanpa dirojakkan dengan bahasa penjajah, yang kononya dikatakan sebagai bahasa seantero alam.

– – – – –

selepas melewati kota rohtas yang tersergam indah, hasil binaan sultan sher shah suri,

aku memberitahu pemanduku, seorang warga pakistan untuk segera beredar kerna kami sudah kesuntukan masa.

solat jumaat akan dilangsungkan pada pukul dua petang. ya di sini jika mahu solat di mana-mana masjid,

anda perlu tahu waktu sebenar masuknya waktu solat.

lain masjid lain waktu solatnya. jangan tanya aku kenapa kerana itu sudah lumrah di sini. terimalah seadanya.

kami menaiki kenderaan melewati kubu rohtas yang berdebu menuju ke jalan utama

perjalanan yang hanya 10km dirasaka begitu lama. manakan tidak, kerana hanya kereta kami sahaja yang ada di jalan ketika itu

“di mana semua kereta menghilang?” getusku di dalam hati.

tak berani rasanya nak bertanya kepada pemanduku yang dilihat sedang memandu dengan berhati mengelak batu-batu di atas jalan.

dalam kepalaku sudah terbayang akan banyak perkara-perkara tidak diingini.

apa akan terjadi sekiranya kereta kami dihalang oleh konco-konco kampung di sini?

di mana kami akan bersembunyi dan meminta pertolongan, sedangkan signal telefon bimbitku umpama mati segan hidup tak mahu.

501 Must Take Journeys In This World

Live Update: 7 Feb ’10, 8.48pm PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam

Perghhhh edisi terbeli buku sudah berleluasa di islamabad
Keadaan tidak terkawal lagi
Jika boleh satu kedai buku mau dibelinya. Haha

Loading