Kek Pisang Paling Best Di Islamabad

Live Update: 7 Feb ’10, 1.54pm PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam

Puas aku cari kat mana la ada jual kek pisang kan. Hehe
Sekali rupanya kat gloria jeans kohsar market pun ada la
Memang sedap woooo kek pisang ni
Dah la tebal, pastu lembut adjer
Make sure korang suruh dia reheat dalam microwave, perghhhhh heaven siap berasap2 lagi dowh
Kat atas tu bukan kek pisang
Kek pisang dah selamat masuk dalam perut tanpa sempat diambil gambar ok. Hehe

Loading

Hari Ke 3 Hujan Tanpa Henti Di Sini

Live Update: 7 Feb ’10, 1.35pm PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam

Memang best kan bila bangun pagi ahad, disambut dengan hujan rintik2 yg mendamaikan
Memang best untuk sambung tido plak tuh. Haha
Ni dah masuk hari ketiga hujan di bumi islamabad
Aku suka ngan hujan neh sebab akan membersihkan kesemua debu2 musim sejuk. Best la the smells of the falling rain kan. Hehe

Loading

Rangup Betul La Kudapan Petang Ni

Live Update: 7 Feb ’10, 12.08pm PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam

Ni yg aku suka dengan kedai samosa di rana market ni
Sebab ada kudapan ala2 maruku di sinu
Samosa pun digoreng panas2 di sini
Lupakan seketika perihal minyak yang begitu hitam berkilat yang mungkin tidahlk sihat dan selamat, hehe
Di sini, asalkan makanan dan masakan di masak panas2, rasanya inshaAlllah selamat untuk di makan ya. Hehe

Loading

Lunch di Atas Chapoi di RnR GT Road

Live Update: 7 Feb ’10, 11.28am PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam

Masa aku balik dari jalan2 di rohtas fort, selepas solat jumaat, aku minta driver aku bawak ke mana2 kedai makan
Perut tatkaka waktu tu mmg tengah berkeronchong ya amat, lapar giler beb
Masa tu tengah melalui grand trunk atau gt road pulang ke islamabad
Driver aku terus berhenti kat kedai makan tepi jalan di gt road ni
Tempat ni dikira mcm rnr la kalau di malaysia, cuma sedikit daif sahaja
Hiasa tempat makan ala2 dok dalam pondok, berlantaikan tanah dalam suasana yg agaj berdebu
Tempat tido percuma disediakan, terutamanya kepada pemandu2 trak berhias yg singgah di sini
Bayaran makan ikut kepala bukan ikut apa yg di makan, makanlah roti sepuasnya hehe
Kerusi yang berbentuk katil dipanggil chapoi disediakan di sini
Memang best dok atas chapoi dan menikmati makan tengah hari
Aku agak musykil dengan hygiene di sini, justeru tidak order chai
Hanya mineral water dan mountain dew yang dipesan
Roti dengan dhal dibelasah juga hehe

Loading

Kuburan di Hampir Semua Masjid

Live Update: 7 Feb ’10, 11.22am PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam

Kat pakistan ni mmg banyak kuburan yg dibina berdekatan masjid
Kadang2 rupa sebijik macam masjid
Yg ni adalah contoh kuburan yg betul2 di tepi jalan
Aku siap dah termasuk sini nak amik wuduk
Seb baik aku perasan takde orang dalam hall dia
Ada kubur je la kan, rupanya masjidnya di belakang plak

Loading