hehe kali neh aku nak share ngan korang pemandangan pekan jasin
eh dah jadi majlis perbandaran jasin ok !
so kira bandar ke ek ? hehe
masa neh kalau tak silap aku masa hari isnin sebelum raya
aku kena drive ke pekan nak beli beras, pelita ngan minyak tanah
nak kena pergi kat area pasar basah tuh dulu. hehe
kalau korang drive ke pekan jasin korang akan jumpa kedai2 neh dulu
perasan ke kedai aerofoam yang lama giler tuh ?
aku suka dengan design bangunan2 lama kat sini
banyak yang sebelum perang dunia lagi dah ada ok
then drive terus akan nampak ke bulatan utama
nampak tak polis dah letak kon2 sebelah kiri
tak mau bagi orang side parking
kalau boleh side parking lagilah jem giler babas kan. haha
then korang akan nampak tengkolok besar giler kat tengah bulatan
ni la nerve centre pekan jasin. sure tak sesat punyalah. hehe
aku rasa masa aku kecik2 dulu takde la bulatan neh. cuma bulatan kecik je
masa dah masuk univ baru ada rasanya tengkolok neh
kiri pergi ke selandar seladang dan kanan ke air terjun asahan
hehe serius best wooo air terjun asahan tuh
dia kat kaki gunung ledang adjer. hehe
kedai bata neh nostalgia siot
memang daripada aku kecik sampai la aku dah keje ada lagi kedai neh
apek tua tuh pun still ada lagi ok
memang lama ah kedai bata neh bertapak kat jasin neh. hehe
ni la dia pasaraya terbesar kat jasin.
lupakan tesco, lupakan carrefour dan giant. jasin tak memerlukan semua tuh. haha
aku selalu la jugak datang pasaraya neh nak membelibelah barang2 keperluan kan. hehe
memang besar. lengkap plak tuh.
baru2 neh dia dah renovate area sejuk beku. beku beb ! haha
dulu pasaraya neh kat kedai dua tingkat adjer tau. depan kedai bata tadi !
haha ni muka adik aku tak puas hati sebab kena galas beras kedah 55
hehe lepas dah amik beras jom kita pi carik pelita lah ok
kedai ni betul2 depan pasar basah jasin
memang selalu aku beli pelita kat kedai ni lah
tahun neh dia jual pelita pesen ni la plaks. ahaks
aku nak carik pelita yang ada anyaman2 kat keliling dia tuh
korang tau tak yang tali putih tuh akan berkecai reput pada aidilfitri akan datang
haha tu la pasal aku suka beli yang anyaman2 keliling dia tuh. hehe
aku angkut jugak la pelita neh dalam rm10. hehe
so malam neh kita bolehlah nak pasang pelita
dah masuk mlam 7 likur dah pun kan. hehe
owh ya. kalau nak tahu camner rupa anyaman tuh check out pelita last year kat header !
or susah2 tengok kat bawah ni ha ! haha
hehe so camner ngan kesesakan di minggu raya tempat korang ek ?

Pingback: KNizam Artwerk » Blog Archive » Beraya Sakan Kami Raya Kali Ini… Sebab Ada TV LCD 32 Inch Samsung Baru ! Weeheeeee :)