Live Update: 2 Sep ’10, 11.23am PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam
setiap kali aku datang solat kat masjid faisal ni
mesti kena pandang kat chandelier besar ni tau
lawa giler bentuknya, disinari cahaya gemerlapan
mmg asyik memandangnyer kan hehe
Live Update: 2 Sep ’10, 11.12am PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam
tu diaaaaaa nyaris la aku nak terbeli jeruk masak masala ni
nampak memang cukup menarik la kan, piramid gitew
tapi aku dah pernah rasa dah dulu, mmg kenot go lah
rupanya dah ada, nampak mcm style acar buah kan
kalau taste mcm acar buah melaka surelah aku dah rembat
owh rindu siot dengan acar buah melaka tuh kan
kehidupan di pakistan semakin hari semakin menarik. menarik bukan sebab apa. sebab kehidupan di sini penuh dengan warna-warni. banyak yang buruk daripada yang balik sebenarnya. namun saya kadang-kadang cuba juga untuk bersangka baik. acapkali saya berpesan kepada diri ini, takkan tiada perkara baik atau sesuatu yang saya minta di bumi asing pakistan ini?
semalam sesuatu yang penting berlaku pada diri saya. anda pasti tidak percaya jika saya katakan yang kehidupan di islamabad sebenarnya banyak diatur dengan gerak hati dan selebihnya adalah tawakkal dan doa sahaja. nanti saya ceritakan kenapa
malam tadi sebelum iftar bumi karachi bergolak lagi. beberapa tembakan kedengaran di empress market di karachi. terdapat beberapa siri letupan di sana. macam biasa media di sini akan cepat melabelkan ini sebagai low intensity explosion. sehinggalah terdapat kematian barulah media akan membalas dengan berita sebenar.
selang sejam daripada kejadian di karachi, timbul pula episod pengebom berani mati di lahore. pengikut syiah yang sedang berarak untuk upacara yaoum-e-ali di sana telah dikejutkan dengan 3 siri letupan pengebom berani mati. peristiwa sedih sebelum berbuka puasa ini berlaku di karbala gamay shah & bhati chowk lahore. saya belum pernah mendengar tempat ini lagi sebelumnya. lebih 20 orang telah mati malam tadi. suasana agak hingar bingat di kawasan perarakan tersebut. saya yakin akan ramai lagi mangsa cedera yang akan meninggal dunia. 3 siri letupan melibat IED iaitu improvised explosive device. kepala dua pengebom berani mati telah ditemui di tempat kejadian.
Live Update: 2 Sep ’10, 6.46am PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam
mamat ni suruh aku snap gambar dia tadi hehe
tapi bila aku suruh senyum dia buat muka ketat plak huhu
anyway kat depan dia tuh jambu batu yg masak ranum
aku dah cuba mmg sedap wooooo isinya kaler pink gitew
tapi xleh beli banyakla sebab cepat muak tau