Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part IV of IV)

ni adalah sambungan entry pasal pakistan travelogue series

hehe enjoy!

– – – – – – – – —

No 31/40 –Bunga Putih Pokok Epal Hijau & Awan Yang Membiru Di Bumi Islamabad

ini adalah pengalaman pertama menyaksikan bunga2 epal berkembang mekar di bumi islamabad. memang cantik ok. memang cukop menarik. kau memang da bomb la bunga! haha. lepas ni aku plan nak shoot gambar bunga pokok plum, walnut, apricot plak la. tapi kena singgah ke northern pakistan la dulu kan. hehe 🙂 anyway lepas ni plak mmg x sabar2 la nak menunggu bunga2 neh jadi epal hijau plak kan. surelah akan manis buahnya.

– – – – – – – – —

No 32/40 –Pakora Sayur, Telur Rebus & Samosa di Murree Hills

pemandangan biasa di mana2 di pakistan. samosa dan pakora adalah hidangan wajib di sini. memang menarik dan garing. tambah2 plak kalau baru digoreng. tak perlu tanya digoreng dengan minyak apa ya. hehe. janji selepas makan tidak sakit perut sudah. tapi serius memang sedap la pakora sayur tuh. kena plak dengan telur rebus tuh kan. memang terkentut2 la lepas tuh. haha

– – – – – – – – —

No 33/40 –Penjual Dried Fruits Yang Memuncung di Raja Bazaar Rawalpindi

giler masam je pakcik neh masa aku nak beli dried fruits. mandom ke hapa. hehe lepas aku dah beli terus manis muka dia ok. mungkin dia x dapat buang air besar kot pagi tadi kan. ni adalah salah satu daripada keistimewaan di pakistan. dried fruits neh ada di mana2. kalau tak silap aku dried fruits neh berasal dari province balochistan. semua memang best dried fruits neh. sedap dowh. aku selalu gak la bawak balik msia nak kasi makan kat orang malaysian hehe 🙂

– – – – – – – – —

No 34/40 –Kesibukan Di Tengah Bandar di Mall Road, Murree Hills

ini adalah suasana di tengah2 bandar murree di murree hills. terletak di jalan yang dipanggil mall road. takde shopping mall pun hanya kedai2 biasa dua tingkat yang menjual pelbagai barangan. di tengah2 bandar ada pejabat pos, bangunan dengan signboard merah seperti di atas. banyak pelancong datang  ke murree ni masa musim panas nanti. semua nak lari daripada suasana terik mentarik masa musim panas ke murree hills yang sejuk nyaman adjer. ala2 cameron highlands gitu 🙂

– – – – – – – – —

No 35/40 –Popcorn Masin Yang Dimasak Dengan Sea Salt

aku perasan ramai sangat penjual jagung dengan popcorn di raja bazaar rawalpindi. terus aku singgah kat salah satu gerai ni dan tanya driver aku whether ok ke idak kalau aku nak makan ni. dia cakap ok je. aku bukannya nak makan sangat pun, just nak tengok mcm mana la dia buat popcorn ni. sekali dia pakai sea salt siot. memang dah pakai garam mestilah end product nya rasa masin kan. 1st time siot aku makan popcorn yang rasa masin. dulu2 selalu makan yang manis adjer sebelum nak masuk wayang kan. hehe 🙂 apa2 pun lepas makan tuh takdelah plak rasa sakit perut. alhamdulillah. hehe 🙂

– – – – – – – – —

No 36/40 –Musim Luruh Di Depan Mata, Di Halaman Rumah di Islamabad

apa perasan anda apabila dapat menikmati ciptaan Ilahi betul2 di depan mata seperti di atas. bagi sesetengah orang nampak macam biasa saja bukan. tapi bagi aku ini sesuatu yang perlu disyukuri. sebab pokok di betul2 berada di depan rumah aku. memang cantik la suasana musim luruh dengan warna2 pokok yang mula bertukar warna kan. sungguh indah sekali dowh. x perlu pergi jauh nak menikmati keindahan alam. kadang2 cukup dengan memerhatikan suasana keindahan alam di depan rumah sahaja. hehe 🙂

– – – – – – – – —

No 37/40 –Menyaksikan Mentari Pagi Menampakkan Diri di PC Bhurban

penat aku tunggu sunrise neh ok. selepas suboh je terus la terkedek2 nak cari angle yang cun nak snap gambar neh. since aku pakai digicam cap ayam je so kenalah main dengan angle dengan composition sket kan. kalau pakai dslr snap2 gitu je dah rasa gambar surela akan cun gilos. tapi memang best la dapat menyaksikan mentari pagi naik pada pagi di pc bhurban ni. memang indah. tambah plak dengan snow cap mountains di  pergunungan azad kashmir depan mata anda kan. hehe 🙂

– – – – – – – – —

No 38/40 –Menaiki Chairlift Yang Merbahaya di Patriata, New Murree Hills

ni suasana semasa menaiki chairlift kat patriata new murree hills dulu. memang merbahaya sebab chairlift neh tak akan berhenti masa hang nak naik dan hang nak turun. hang ready je la bontot, terus kerusi tuh sapu bontot hang terus naik. open space je bawah kaki tuh. hehe 🙂 kalau jatuh mmg sungguh la horror kan. yang gayat memang takleh la nak naik neh ok hehe 🙂

– – – – – – – – —

No 39/40 –Pakora Sayur, Pakora Lempeng di Patriata New Murree Hills

pakora lagi, tapi kali neh ada style pakota sayur yang dimasak ala2 lempeng gitu. sedap dowh. makan tengah hari aku dengan pakora neh la masa singgah naik chairlift kat patriata dulu. memang sedap. hehe garing giler. healthy ke idak belakang kira. haha. ada kobis, ada kentang ada la broccoli gak. healthy ke eh ? hehe 🙂

– – – – – – – – —

No 40/40 –Rohtas Fort Yang Tersergam Indah, Kubu Kuat Sultan Sher Shah Suri

ini adalah antara fort yang pertama yang aku singgah. memang besaq giler fort rohtas ni. dok kat tengah2 hutan nun. sekarang tengah hutan la kan. dulu2 surelah tengah bandar. memang sungguh strategik kedudukan fort neh sebab susah nak serang fort neh ok. no wonder sultan shah suri arahkan buat fort neh, dah la sebelah sungai so bekalan air senang la kan. anyway memang penat woooo kalau pergi jalan2 kat fort neh. mujurlah aku singgah masa winter, kalau pergi masa summer mestilah lencun baju aku dengan peluh2 semua bagai kan. hehe 🙂

– – – – –

ok sekian sahaja series gambar2 pakistan yang sempat aku amik selama lebih kurang 4 bulan di sini

lepas ni mungkin akan ada banyak lagi gambar

tengok la keadaan kan. janji safety ok, aku akan berjalan lagi

kalau idak just jalan2 kat depan rumah adjer la. hehe 🙂

recap semua series kat bawah ni ok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 responses to “Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part IV of IV)

  1. nice!!
    teringin nak try makanan sana..
    aku memang minat masakan ala2 india n pakistan ni..

    Reply

    KNizam Reply:

    jaws : aku mula2 makan la. lepas tuh muak giler. aku nak nasi kanddaaqqqqq hehe 🙂

    Reply

  2. nasi kandar ala2 makanan diorang gak ler..
    takde ker kat sana?
    haha..

    Reply

    KNizam Reply:

    jaws : no la. sini staple food roti ngan kari kamben (yogurt). nasi is lavish ya hehe 🙂

    Reply

  3. superb..suka keempat2 bhgn..gambar2 yg menarik..dan explanation pun best..hehe..
    eh kata selalu bwak balik dried fuit bg org malaysia..naper tak pernah dpt pun..saya org malaysia gak..hehehhe

    Reply

    KNizam Reply:

    bhhussain : sapa pergi masjid dapat la. hehe 🙂

    Reply

  4. roti cam thosai or capati..
    ngan kari kambeng…
    peargh..
    aku terliur sebentar..

    Reply

    KNizam Reply:

    jaws : aku dah muak dah hehe 🙂

    Reply

  5. ko tangkap gamabar makanan banyak2..
    tak dapat makan, dapat tgk pun jadi laa..

    Reply

    KNizam Reply:

    jaws : ala kat msia lagi berlambak la hehe 🙂

    Reply

  6. Smaller version of Boston.com Big Pictures. Awesome.

    Reply

    KNizam Reply:

    bgk : alamak x leh lawan la big pictures. itu pro punya tuh. hehe 🙂

    Reply

  7. Bunga, makanan, buah kering, gunung, kota semua dah saudara tangkap gambar. Hmm…susah sangat ke nak tangkap wajah ‘pompuan’ Pakistan ni? Teringin juga nak tengok senyum manis mereka di balik selendang, purdah dan burqa…heheh

    Reply

    KNizam Reply:

    zainal : wont risk my life for that. banyak lagi benda lain boleh masuk gambar hehe 🙂

    Reply

  8. bro, keja sana ke? giler best ko punye pic…
    teruskan bro, teruskan…

    Reply

    KNizam Reply:

    tangor : hehe tengkiu2. kerja ya hehe 🙂

    Reply

  9. ni saje la ni nak bagi aku bertambah jeles.. haha
    *sambungan* – aku suke no 31,36,37,40 tapi no 38 neh boleh putus urat perut aku kalau naik… hahaha hang naik ke bro? gile ah..

    Reply

    KNizam Reply:

    man : haha kalau aku tak naik sendiri mcm la aku nak amik gambar tu kan. hehe 🙂

    Reply

  10. Semuanya indah2 belaka…

    Reply

    KNizam Reply:

    meria : selain bomb mmg indah2 ya hehe 🙂

    Reply

  11. ala..takat letak gambar jer..sekali sekala letak la resepi pakora sayur tuh.. ada cam telur dadar tak??..

    Reply

    KNizam Reply:

    nur : manala la saya tau recipe dia hehe 🙂

    Reply

  12. tak sangka pakistan sangat best! sila baca blog jalan-jalan aku, ethassan.blogspot.com . Mungkin tak sebest blog engkau, tapi, boleh lah! hehe

    Reply

    KNizam Reply:

    ethassan : hehe blog anda juga menarik. membuatkan saya nak ke europe hehe 🙂

    Reply

  13. Pingback: Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part II of IV) — KNizam Artwerk

  14. Pingback: Top 40 Pictures of Pakistan Travels – My Own Travelog Series (Part III of IV) — KNizam Artwerk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge