Membeli Beras Kedah 55, Pelita Buloh & Minyak Tanah kat Jasin Yang Sesak Giler Ah ! Hehe :)

hehe kali neh aku nak share ngan korang pemandangan pekan jasin
eh dah jadi majlis perbandaran jasin ok !
so kira bandar ke ek ? hehe
masa neh kalau tak silap aku masa hari isnin sebelum raya
aku kena drive ke pekan nak beli beras, pelita ngan minyak tanah
nak kena pergi kat area pasar basah tuh dulu. hehe

kalau korang drive ke pekan jasin korang akan jumpa kedai2 neh dulu
perasan ke kedai aerofoam yang lama giler tuh ?
aku suka dengan design bangunan2 lama kat sini
banyak yang sebelum perang dunia lagi dah ada ok

then drive terus akan nampak ke bulatan utama
nampak tak polis dah letak kon2 sebelah kiri
tak mau bagi orang side parking
kalau boleh side parking lagilah jem giler babas kan. haha

then korang akan nampak tengkolok besar giler kat tengah bulatan
ni la nerve centre pekan jasin. sure tak sesat punyalah. hehe
aku rasa masa aku kecik2 dulu takde la bulatan neh. cuma bulatan kecik je
masa dah masuk univ baru ada rasanya tengkolok neh

kiri pergi ke selandar seladang dan kanan ke air terjun asahan
hehe serius best wooo air terjun asahan tuh
dia kat kaki gunung ledang adjer. hehe

kedai bata neh nostalgia siot
memang daripada aku kecik sampai la aku dah keje ada lagi kedai neh
apek tua tuh pun still ada lagi ok
memang lama ah kedai bata neh bertapak kat jasin neh. hehe

ni la dia pasaraya terbesar kat jasin.
lupakan tesco, lupakan carrefour dan giant. jasin tak memerlukan semua tuh. haha
aku selalu la jugak datang pasaraya neh nak membelibelah barang2 keperluan kan. hehe
memang besar. lengkap plak tuh.
baru2 neh dia dah renovate area sejuk beku. beku beb ! haha
dulu pasaraya neh kat kedai dua tingkat adjer tau. depan kedai bata tadi !

haha ni muka adik aku tak puas hati sebab kena galas beras kedah 55
hehe lepas dah amik beras jom kita pi carik pelita lah ok

kedai ni betul2 depan pasar basah jasin
memang selalu aku beli pelita kat kedai ni lah
tahun neh dia jual pelita pesen ni la plaks. ahaks
aku nak carik pelita yang ada anyaman2 kat keliling dia tuh
korang tau tak yang tali putih tuh akan berkecai reput pada aidilfitri akan datang
haha tu la pasal aku suka beli yang anyaman2 keliling dia tuh. hehe

aku angkut jugak la pelita neh dalam rm10. hehe
so malam neh kita bolehlah nak pasang pelita
dah masuk mlam 7 likur dah pun kan. hehe
owh ya. kalau nak tahu camner rupa anyaman tuh check out pelita last year kat header !
or susah2 tengok kat bawah ni ha ! haha

hehe so camner ngan kesesakan di minggu raya tempat korang ek ?
33 responses so far
arep datang lagi…
Knizam bully adik sendirk… padahal x larat pikul beras tu kannn????
sakan bergambar walaupun dalam kereta.. nampak cermin..
xoxo
arep’s last blog post..Raya Aidilfitri Part 2
Reply
lor..dekat la ngan aku..rupanya kampung ko kat Jasin..
Uzair’s last blog post..Raya Dah Habis Dan Mari Pancutkan Sesuatu
Reply
kolumpur seperti biasa lengang gilaaaa…
boleh main teng2 tgh jln..
tapi bila weekend MRR2, sesak ler..
@k@kPOKPEK’s last blog post..RIANG RAYA DIHARI RAYA 2008
Reply
arep : hehe. sila2 lah datang lagi. hehe
haha masa tuh bukan aku yg drive tuh yg sakan amik gambar. haha
Reply
uzair : hehe ko kat kg mana ni ek ?
Reply
app : hehe tu la pasal. dipenuhi dengan warga asing je kansss
Reply
Aku respek siot care ko blogging. sungguh detail sekali. kalau ade peraduan blog ke ape, confirm aku tak bagi ko masuk. sebab ko confirm menang.
kedai bata tu tempat ko beli kasut kulit nak masuk koleq?
NoktahHitam’s last blog post..Be Happy for Me, At Least..
Reply
Wah….ni yang aku kompius… sape memandu??? sape yang tangkap gambar..
Baik cakap bebaik… sebelum aku buat repot… ekeke ni namenye blogger
tegar… tengah drive pon nak snap gambar kan…. nampak kesan cermin kat
gambar… lagi mau tipu aku kan… ekekekek~ ape ape pon, kamere bro
cun ar!!! pakai NIKON D80 ke? Aiyark~ *Lari……
Kreuger®
kreuger’s last blog post..Raya Oh Raya
Reply
wuhuhuhu… bangunan zaman sebelum merdeka memang nostalgia betul. aku baru pulang dr ipoh semalam. wlpn dh bergelar bandaraya, tapi masih mengekalkan bangunan warisan peninggalan penjajah… kagum. kat kl susah dah nak nengok bangunan cmni lagi
aeropama dot com’s last blog post..Global Positioning System (GPS). Baru Aku Tahu Nilainya.
Reply
patutla gambar biru tangkap dari dlm keta ek..lain kali bukak tingkap laa hahaha
zamz’s last blog post..Duitku Melayang Lagi….
Reply
nh : hehe details sangat ke ek. aku saja je blog camni supaya senang la sapa2 drop kat jasin nak tahu. hehe
haah aku pernah beli kasut hitam kat situ pun….sandals sekali. hehe
Reply
kreuger : hehe aku la passenger. aku tukhang amik gambar.
pakai digicam je la. hehe
Reply
aero : hhehe tu la kan. aku suka tengok bangunan lama2 camni. kat penang ngan ipoh berlambak kan…hehe
Reply
zamz : hehe aku tengah guna kebiruan cermin as filter la. hehe
Reply
Zamz ekekeke… nko pon perasan kan… memule
aku ingat tadi bro KNizam kite pakai photoshop edit gambar kasik
jadik kaler maler warne biru kan… upenye cermin tingkap tak bukak…
wakaka…. “cekap tangan menangkap gambar… cekap lagi mate yang
mengengok… saya Kreuger melaporkan dari bilik berita TV18″ wakakak~
Kreuger®
kreuger’s last blog post..Sentimental Value
Reply
kreuger : malas ah nak bukak tingkap. panas dowh. haha
Reply
cikorkid pernah lalu jer kt pekan jasin nie…hehe
cikorkid’s last blog post..zaman hingus kita..hehe
Reply
Kau pergi Jasin tak jumpa afham & ligakampung?
Hasbullah Pit’s last blog post..Persetankan Plural dalam Terjemahan Teknikal Bahasa Melayu
Reply
cikorkid : hehe lalu je ke….. hehe
Reply
hasbullah : hehe takdelah plak sempat jumpa diaorang
Reply
lawa tul atas bumbung kedai tu.. mcm mahkota uhuhu
Reply
ien : hehe tu la pasal kanss. hehe
Reply
nampak macam best jer… tapi jasin tu kat mana eh? melaka ke?
shaxx’s last blog post..Going Down
Reply
aku tak pernah sampai Jasin. Sebab aku tak kenal sesape pon yg duk situ
NoktahHitam’s last blog post..Hari Raya Rape
Reply
shaxx : hehe kat melakalah.
Reply
nh : hehe check je googlearth dulu….
Reply
tak pueh hati aku tgk gambar2 ko amik sgt cun…huhu
amoi’s last blog post..Berapa PageRank korang? part 2
Reply
nostalgik betul la zam. dah terlalu lama aku tak melalui pekan jasin nie huhu. itu pun dulu ikut rakan belajar balik kampung.
kau memang pakar dalam menulis bab makan dan melancong eheh.
megat’s last blog post..Bajet 2009, Kerajaan Prihatin Kepada Rakyat?
Reply
amoi : cun ke ? hehe amik daripada dalam kereta ajder. pakai digicam cap ayam. hehe
Reply
megat : hehe thanks bro. ntah kenapa kalau aku tulis pasal cuti2 malaysia ngan jalan2 carik makan mmg teruja terus. haha
Reply
awek aku kat selandar..area situ gak..
Uzair’s last blog post..Raya Dah Habis Dan Mari Pancutkan Sesuatu
Reply
uzair : hehe whahhhh majlis kat selandar la nanti ek..hehe
Reply
[...] sure ingat lagi entry aku jalan2 kat pekan jasin kan [...]