Ya Engkau Yang Tengah Baca Blog Ni ! Sila Berhenti Dan Dengar Nasihat Ini….

haha hampeh sungguh tajuk blog kali neh kan

neh tajuk yang dicipta semasa kekenyangan makan tengah hari

bukan kekenyangan sebab mcd of kfc

tapi sebab termelantak tomyam dan kari….

aku ada satu nasihat

aku malas la nak tempek semua barang2 yang korang kena boikoi tuh kan

lambat laun korang lupa la jugak semua barang2 tuh

haha tiada jaminan jugak yang korang akan lupa blog ini…. haha

sanggup ke korang kalau…. jeng jeng jeng

tak dapat makan ayam goreng paling best di dunia. ayam goreng kfc. ala apa susah2 kan kita ada ayam goreng kunyit. apa ? korang hengat sedap sangat ke ayam kfc tuh. banyak kolesterol adala. haha. sejak kecik2 dulu pun mana ada terus makan ayam kfc kan. mak kita suapkan ayam soup buat sendiri ok

tak dapat meratah big mac kat mcd. ermmmmmm sedapnyer bigmac kan. sedap lagi prosperity burger mcd yang meleleh kuah lada hitamnya tuh. perghhhh heaven di dunia je beb. kat akhirat nanti sapa mau jawab ? mulut korang yang mengunyah tuh jugak akan bersuara nanti kan…

tak dapat spray wangi2an calvin klein di dada kamu. perghhhhhh ayat2 chenta sungguh kan. haha tralalalalal. ni la kali terakhir aku beli perfume ck. aku nak beli perfume lain je lah. ada alternative ke eh ? surelah ada kan. takkan semua barang amerika tuh bagus sangat kan. kalau bagus pehal plak diaorang suka pasal eastern value. aisey tak payah minyak wangi pun takpe kan. dulu2 masa zaman kesultanan melayu melaka mana ada tuh semua. manaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ?

sanggup ke tak makan maggi selama2nya ? aku sanggup. ala sekarang dah banyak alternative. kita kan ada mee segera lain. cintan pun ada. ada mee sedap pun ada. takkan tak terpengaruh kot dengan iklan padi nanyi lagu mee sedap yang sungguh sedap tuh ha ? haha jangan makan maggie mee jenama maggi lagi ok. promise tau kawan2. haha

barangan nestle pun aku sanggup boikot. lain kalai nak pergi beli milo. fikirlah dua kali. kalau nak pergi beli icecream. pilihlah yang biasa adjer. tak baik ok makan ice cream nestle banyak2. haha pilih ice cream potong je cukup. yang penting bukan nestle yang keluarkan. susu tak payah cakap la. make sure bukan nestle. habes cerita. pandai2lah korang kan. kalau boleh janganlah bersubahat dengan yahudi laknat di tebing barat tuh ok. apa class beb makan yogurt2 nestle tuh semua. makan je lah buah pisang emas di bawa belayar tuh kan. makan je lak tembikai susu atau tembikai kuning buatan malaysia. tak pun makan je lah anggur perlis. ala buah epal sarawak pun dah banyak kan. haha

kalau muka ada jerawat. jangan plak mandai2 nak picit, pastu kesat dengan tissue kleenex ok. cariklah tissue lain plak. hehe kalau dah beli takpe. sila guna sampai habis and then tukar tissue lain. yang penting jangan ada jerawat je lah. haha

kalau lapar2 malam2 or tengah naik gunung. sila jangan beli kitkat. banyak lagi alternatives lain ok. abaikan lah kitkat dan barangan yang support israel yang lain tuh. takde maknanyer korang beli pun. membazir je. karang kena tanya masa akhirat. sapa yang susah ? haha sendiri mau hengat lah kan. huhu

fuhhhh yang neh memang agak susah la kan. nak boikot carrefour ! aisey dah la dekat je dengan rumah aku. tapi takpe. api neraka punya pasal aku sanggup ke pasaraya lain lah. kedai runcit kat rumah aku pun apa kurangnya kan. semua benda ada aku tengok. walaupun taklah sebesar carrefour nun. ala mydin pun ada ma. bukan susah pun. kalau korang perasan harga kat kedai runcit murah gak la ka. so boikot carrefour ok.

nu pun susah gak. coke nak kena boikot jugak ke ? boikot jugak la. aisey minumlah jus segar yang berlambak2 tuh kan. lagi la berkhasiat. tak pun pergi la beli ieced lemon tea. yang penting hindarkan coke. jangan sekali2 minum coke. kalau nak minum gak imagine la korang terminum darah rakyat palestine yang terbunuh tuh. hah ! baru korang tahu kan. so ucaplah selamat tinggal kepada coke dan coca cola. selamat datang teh ais dan teh o ais limau !

ni la gi satu johnson & johnson. kena boikot jugak neh. make sure baca label betul. jangan tersalah beli. jangan tersalah bagi wang kepada israel. nanti malaikat tersalah pandang korang. dan tersalah belasah korang dalam kubur nanti. pastu korang tersalah langkah ke neraka. ada berani ? aku tak berani. aku nak masuk syurga. so aku nak kenalah boikot semua neh. aku tak sanggup beb !

adussss macam mana dengan handphone nokia aku yang cun melecun neh eh ? yang canggih giler … aisey boikot punya pasal neh lah last time aku akan beli nokia. lepas neh aku nak pakai brand lain plak. nak pakai se balik mungkin. janji nak pakai brand yang tak support israel. tak sanggup aku beb ! dah terbeli takpe lah kan. nak wat camno eh. hehe. harap2 nokia connecting people. sekali terconnect plak ke titian ke neraka kan. haha

sila jangan tengok berita cnn. jangan memberi duit dan traffic kepada mereka. kita ada buletin utama walaupun agak la hampeh masa pilihanraya. lagipun kita bukannya ada banyak masa nak tengok cnn 24 jam kan. kita ada stesen tv lain yang boleh bagi maklumat dengan lengkap. ala2 dulu2 datuk nenek kita boleh survive je tanpa cnn kan. hampeh je cnn neh sebenarnya. haha

jangan beli komputer ibm. kalau korang ada purchasing power or decision making capability, sila jangan beli server ibm. beli yang korean or jepun pun dah ok dah. kita kena mula memikirkan nasib orang2 palestine setiap kali kita nak membeli barangan ibm neh ok. ibm dah la tak cun mana. hancus lagi ada la. haha

fuhhh neh antara yang paling susah. nak stop sipping tea kat starbucks or minum iced blended frappuchino diaorang. tapi takpe. aku discover kopitiam kita lagi best la. tak caya cubalah compare. apa la sangat dengan starbucks tuh kan. bancuh kopi kat rumah lagi best. boleh jugak lepak2 depan tv sambil menonton majalah 3 kan. eh juara lagu weekend neh la. sapa la yg menang ek ?

ni lagi satu yang paling susah aku rasalah. nak boikot intel. aku rasa 80% pc pakai intel. so harap2 nanti jepun or korea or malaysia boleh cipta processor powerful macam intel. so nanti tak perlulah nak terlampau bergantung sangat pada intel kan. hampeh je intel kan. geram aku.

perghhhh banyak giler barangan yang support israel kan

selama neh kita main guna adjer

kita main belanja ja duit yang kita perolehi secara halal tuh

kita tak perasan. market untuk barang2 pengguna dan food neh memang besar giler

dan kita adalah umat yang paling terbesar di muka bumi

patutnya kita mengeluarkan produk dan makanan kita sendiri

tak guna juga jika makanan dan produk yang kita beli adalah halal dan tayyib kalau ianya menyokong israel kan

– – – – –

aku sanggup boikot !

rasanya mcm senang je kalau semua kedai print barang2 israel neh kan

dan aku nak tengok sampai bila aku sanggup. haha

doakan aku semoga berjaya

doakan aku untuk doakan kalian juga

ada berani ?

ada berani masuk syurga ?

ada berani menempuhi siksa kubur ?

ada berani berdepan tuhanmu di padang mayshar nanti ?

tepuk keyboard, tanyalah tuan punya blog korang tuh

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

44 responses to “Ya Engkau Yang Tengah Baca Blog Ni ! Sila Berhenti Dan Dengar Nasihat Ini….

  1. Pingback: KNizam Artwerk » Blog Archive » Come On McDonald’s Malaysia, Sila Buat Kenyataan Yang Anda Mengutuk Sekeras2nya Serangan Israel Ke Atas Bumi Palestin OK !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.