aku akan cuba buat rentetan atau catatan ini dalam bahasa melayu sepenuhnya
mungkin juga aku akan cuba buat catatan dalam tulisan jawi selepas ini
apa2 pun tahniah buat penggemar apple seluruh dunia
hari ini dalam sejarah!
steve jobs, pengasas dan orang paling berpengaruh dalam dunia teknologi apple,
melancarkan satu lagi produk terbaru apple yang bagi aku sungguh cantik, anggun dan bergaya
mula2 adik aku sms dari abu dhabi berkenaan iPad ni. aku buat tidak tahu sahaja
tapi setelah meneliti laman web sesawang apple, barulah aku perasan iPad ada suatu ciptaan yang bakal merubah dunia teknologi pada masa depan
bayangkan dengan harga serendah usd 499, anda sudah boleh memiliki suatu ciptaan yang sungguh cantik ini
apple memang patut dipuji dengan kesungguhan mereka untuk berfikir secara luar biasa
menghasilkan sesuatu yang pantas, namun mampu menarik mata2 kita untuk melihat
sesuatu yang sedikit itu kadangkala lebih berharga daripada sesuatu yang banyak atau kompleks
itulah falsafah apple sebelum ini. jika anda perhatikan kesemua produk ciptaan mereka adalah mudah
mudah untuk aku, jiran dan rakan2 di dunia untuk menggunakannya
adakah aku akan menghabiskan sejumlah wang untuk iPad?
belum tentu lagi rasanya, sebab aku nak ketemu dulu dengan chenta hatiku iPhone!
– – – – –
komen ikhlas daripada aku – iPad sebenarnya adalah iPhone gergasi, yang bakal meruntuhkan segala kuasa pasaran komputer riba di dunia
mari kita lihat kesan nya selepas ini!
– – – – –
updated with lates youtube videos below:

Pingback: Tweets that mention Steve Jobs Lancarkan Apple iPad (Komputer Skrin Sesentuh) Yang Besar Hari Ini – Ilusi Aku Mengatakan Ianya Ialah iPhone Versi Gergasi! — KNizam Artwerk -- Topsy.com