selamat hari wilayah :) selamat hari thaipusam :)

pagi ini saya bekerja. biasalah pekerja makan gaji, kenalah mengikut kehendak majikan. saya kena tutup akaun dan sistem syarikat pagi ini. sebenarnya saya telah bekerja semenjak malam tadi lagi. balik pukul 1930hrs then sambung kerja di rumah. saya boleh monitor sistem syarikat di rumah. terima kasihlah pada streamyx! opsssss terima sahaja, kasih tiada sebab saya juga membayar perkhidmatan streamyx itu.

semasa saya memandu pagi ini ke menara tm, saya sedikit cuak. cuak kerana syaa lihat jalan kinabalu telah ditutupi dengan kon2 merah polis. fuhhhhhh saya lega bila saya lihat masih ada ruang untuk kereta saya mencelah memasuki bulatan masjid negara ke jalan travers. jika tidak, saya akan dilencongkan ke jalan hang tuah. sesatlah saya di kl mencari jalan ke bangsar nanti. terima kasih polis2 malaysia!

semasa saya lalu jalan kinabalu tadi, kelihatan juga peserta2 perarakan hari wilayah sedang bersedia untuk berarak ke dataran merdeka. rasa nak join pula. hishhhhhhshhhh. terhenti lamunan, bila ku dikejutkan oleh brader polis menyuruh memasuki bulatan masjid negara. hehehehe. mengelamun rupanya.

74.jpg

74.jpg

🙂 selamat hari wilayah warga KL/PUTRAJAYA/LABUAN! 🙂

 

🙂 selamat menyambut hari thaipusam juga 🙂

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.