De Palma Inn, Kuala Selangor – A Weekend Getaway Sambil2 Tengok Kelip2 Kg Kuantan !

hari tuh kan. aku sempat stay kat de palma inn kuala selangor neh

baru aku perasan yang aku asyik buat live posting

takde pun special posting kan. hehe

aku stay 1 malam je

so x sempat la nak round the whole hotel neh

apa2 pun aku perasan hotel neh mmg sesuai la nak dijadikan weekend getaway kat kuala selangor

bilik dia pun ok, kemas dan bersih

overall kawasan dia mmg bersih. nyaman dan tenteram je

aku suka dengan design chalet diaorang

so tradisional mcm rumah melayu je kan. hehe siap bertangga lagi

hehe persekitaran pun nyaman

sesuai untuk teambuilding ke. weekend getaway ke kan. hehe 🙂

cuma banyak monyet je la.

ye la kan kalau dah ada monyet surelah dekat dengan alam. hehe

so kalau sapa2 nak pergi ke kuala selangor bolehlah dok kat sini

ni promosi percuma neh. tapi serious mmg best lah !

apa yang korang boleh buat kat kuala selangor ?

macam2 ok. aku senaraikan activities dia kat bawah neh

  • stay kat de palma inn kuala selangor yang aman damai

Alexa Ranking KNizam.com Terkini !

dah lama rasanya tak check alexa ranking kan

dah merajuk kot cik alexa. hehe

neh aku saja2 je post untuk tatapan buku sejarah blog neh

russia ?

biar betul beb !

korang nyer camner ?

improve or not ?

Loading

Masa Anda Begitu Cepat Berlalu, Rileks ! Cuba Tips Ni !

hehe tajuk dah ala2 kaunseling or emosi mcm megat.net plak kan

hehe sorry megat.net, bukan nak menceroboh teritori anda

cuma nak bagi tips sahaja

even ulat gonggok pun terasa betapa cepatnya masa berlalu ! haha

– – – – –

korang perasan tak yang masa berlalu dengan begitu pantas sekali

aku perasan giler !

kalau korang x perasan maknanya korang bukan manusia lah. haha

kenapa mcm tu eh ?

mungkinkah dah masuk ummat akhir zaman ?

mungkin juga kan…..

tapi aku rasa masa makin pantas berlalu ada sebabnya jugak

antara sebabnya ialah kita terlampau mengejar duniawi dan teknologi

bukannya aku benci teknologi

kalau aku benci dah lama aku delete je blog neh

dah lama aku campak je nokia e71 aku, chokia sangat rasanya

– – – – –

aku rasa masa sungguh pantas berlalu sebab 2 benda

sebab komputer dan handphone

dua benda neh bagi aku membuatkan kita rasa masa cepat giler berlalu

sedar2 dah seminggu, sedar2 dah sebulan. tup2 dah setahun

– – – – –

benda neh mmg aku rasa sendiri masa handphone aku kaput

Come On McDonald’s Malaysia, Sila Buat Kenyataan Yang Anda Mengutuk Sekeras2nya Serangan Israel Ke Atas Bumi Palestin OK !

tadi masa aku baik kerja, aku perasan ada something warna merah dalam pigeon hole aku

eh surat amende plak neh ah ?

sekali belek2 punya belek nampak surat or notis daripada mcdonald’s malaysia

hehe pasal “usaha memboikot mcd” dan barangan israel lah neh lagi la ni kan

mcdonald’s malaysia hantar notis siot kepada rakyat malaysia !

bukan surat tapi notis beb !

hampeh je kan. hehe

aku baca punya baca rupanya mereka mcdonald’s malaysia deny yang diaorang support israel

aisey kenapa baru sekarang nak deny ?

dulu masa israel tengah dok syok serang palestin buat senyap je korang kan

paling hampeh bila mcdonald’s malaysia keluarkan iklan yang diaorang berbangga menjadi rakyat malaysia

aisey come lah !

kitaorang bukannya bodoh lah ok.

kalau anda mahu kami semua membeli kembali produk2 mcdonald’s malaysia…

tolonglah keluarkan kenyataan yang anda mengutuk sekeras2nya pasal serangan israel ke atas bumi palestin !

bukankah simple je kan. apsal yang susah sangat nak buat ?

x perlu keluarkan notis atau iklan

just keluarkan kenyataan tersebut

setakat bagitau yang kami berbangga sebagai rakyat malaysia, baik x payah beb ! haha

Kenangan Rumah Atuk, Rumah Baruh & Tembakau Murray’s Erinmore Flake !

hehe gambar2 neh semua adik aku amik dengan hp sony ericsson k810i dia

gambar rumah atuk aku yang dah makin terbiar kat jasin, melaka

tengok la design tangga rumah melaka

siap dengan tiles yang detail. bentuk pun mesti melunjur macam tuh

aku dulu2 suka betul mengelungsur daripada atas ke bawah

sure kotor seluar aku ! haha

rumah neh dulu2 jadik port family aku kalau balik kampung

ada dua bilik rumah neh

memang best. kitaorang panggil rumah neh rumah baruh

ada dua lagi rumah, rumah kat darat (nenek aku) ngan kat hilir (nek ngah)

actually neh rumah moyang aku. tapi biasanyer aku panggil atuk je lah

rumah neh serambi dia memang sejuk je.

petang2 memang tempat port melepak sambil2 baca suratkhabar kan

pastu amik kusyen and then tidur sampai petang

bila bangun terus lapar. makan lah apa lagi ! hehe

kat atas neh bekas air. ala dulu2 kan ke kena basuh kaki sebelum masuk rumah kan

aku ingat lagi bila hujan surelah penuh

bestlah main air dalam tangki/kolah neh

banyak gak anak2 berudu kat sini ok. hehe so cool !