Penjual Kanak2. Di Pasar Ramadhan G9

Live Update: 25 Aug ’10, 6.54am PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

kalau korang perasan ramai juga pekerja kanak2 kat sini
mcm gerai jual buah ni. manalah pi mak bapak budak ni eh
dibiarkan je budak ni tercongok sorang2 jaga kedai ni
jangan budak ni salah timbang buah yg dijual sudah hehe

Loading

Ki Iftari Sub Pey Bhari

Live Update: 25 Aug ’10, 6.20am PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

dulu masa aku singgah murree nampak kfc billboard
tulis kfc winter maza, maza ni mcm fresh la kan
kali ni mcdonalds plak dengan special menu iftari
sub pey bhari ! macam2 la depa ni kan
semalam masa aku singgah ke mcd isb, ramai giler
depa ni x masak ke mende ek. hehe

Loading

Acar Buah Pedas Ala2 Islamabad

Live Update: 24 Aug ’10, 5.21pm PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

aku perasan acar di kat bazaar ramadhan g7 hari tuh
aku bau adala mcm pedas2 sket masam2 pun ada gak
terus beli skeg nak buat berbuka hari tuh kan
sekali masa berbuka, rasa sket terus tergamam dan givap
rasanya sungguh mistik dan x terungkap dgn kata2
mmg kenot golah rasanya hehe. ni yg aku rasa nak gi kedai
nak buat acar sendiri je la nanti. buah semua tuh mcm ada

Loading

Semangat Betul Mereka Menghias Traktor Mereka Pagi2 Ni

Live Update: 24 Aug ’10, 11.29am PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

nun jauh dihujung sana adalah margalla hills
yg dekat ni pakistani dengan traktor mereka
pagi2 lagi dah keluar rumah, mencari rezeki gamaknya
semangat betul mereka menghias traktor mereka ini

Loading

[2 Gambar] Pengalaman Berterawih Bersama Jemaah Pakistan | Masjid Faisal | Islamabad, Pakistan

Pada kali ini saya nak coretkan sesuatu tanpa gambar yang banyak. Seperti yang kalian sedia maklum saya baru sahaja pulang ke Islamabad hari Jumaat malam yang lepas. Justeru saya sempat untuk berterawih bersama rakan-rakan warga Malaysia di rumah Malaysia pada Sabtu dan Ahad malam. Entah kenapa hari ini saya rasa seperti mahu berterawih di Masjid Faisal pula. Masjid yang menjadi tempat saya solat Jumaat setiap minggu.

Masjid Faisal adalah masjid terbesar di Islamabad. Rekabentuknya umpama kubah atau khemah arab berwarna putih. Masjid ini didermakan oleh Raja Faisal (King Faisal) dari Arab Saudi kepada kerajaan Pakistan, sebab itulah namanya Masjid Faisal. Rekebentuk masjid ini memang tak pernah saya lihat sebelum ini. Sungguh indah, lebih indah disirami lampu limpah di waktu malam. Jika anda bernasib baik anda dapat bergambar dengan Masjid Faisal yang dilatari pokok-pokok bunga mawar merah dan putih pada musim bunga. Setakat ini saya masih tidak bernasib baik lagi. Terlupa gamaknya untuk bergambar di Masjid Faisal semasa musim bunga yang lepas.