Sejuk-Sejuk Ni Best Melepak Depan Bara Api Sambil Makan Gelato | Gelato Affair, Gol Market | Islamabad, Pakistan

Live Update: 28 Oct ’11, 10.08am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

perghhhh suasana di waktu malam dah makin sejuk kat sini
keluar dah wajib pakai jaket, mujo x kena pakai jaket winter
best wooooo lepak2 depan bara yang membara ni hehe
sambil2 tuh kita belasah hotchoco dgn gelato ya!

Loading

Daun-Daun Pokok Maple Yang Bertukar Kemerahan, “Back-Lighting” Style Yang Penuh Keterujaan !

Entah kenapa penulis begitu teruja untuk merakamkan suasana musim luruh kali ini

Bukanlah pertama kali penulis menikmati musim luruh. Namun keterujaannya lain kali ini

Mungkin sebab dedaunan pokok maple yang indah di Burbhan cukup menarik perhatian

Musim luruh datang sekali dalam setahun. Dalam sebulan dua sahaja. Jangan dilepaskan !

Gambar di atas dirakamkan ketika matahari sedang meninggi di hotel PC Burbhan

Sinaran mentari memancar di belakang dedaunan pokok maple yang kemerahan. Cantik bukan?

Mungkin penulis akan meletakkan koleksi gambar-gambar Musim Luruh 2011 di sini nanti

Banyak juga gambar-gambar musim luruh yang dirakamkan kali ini. Yeay!

Loading

[12 Photos] Tanggal 21 Oktober 2011, Genaplah 2 Tahun Kembara Saya di Bumi Ajnabi Pakistan Ini – Sungguh Berwarna-Warni ! | Autumn 2012 | Islamabad, Pakistan

Rabu. Tepat jam 10.10 malam pesawat Thai Airways mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Benazir Bhutto, Islamabad. Mata terpaku dek kerana terpegun dan menyangkakan saya mendarat di Lapangan Terbang tentera. Saya tidak tersilap. Benarlah ini rupanya lapangan terbang yang saya akan lalui saban kali pulang ke Malaysia nanti.

Cuaca sungguh sejuk pada Oktober 2009. Saya hanya ada blazer kerja sahaja. Menyesal pula tidak membeli jaket kulit atau jaket nike di Bangkok semasa transit sebelum itu. Mujur tidak hujan. Jika hujan, alamatnya bertambah sejuklah pada masa itu kan.

Pemeriksaan imigresen sungguh melemaskan. Terdapat beberapa borang yang perlu diisi. Barisan yag agak panjang memenatkan saya. Cuaca dingin yang mencengkam juga tidak membantu suasana di ruang pemeriksaan passport imigresen. Keadaan sebenarnya agak sedikit kucar kacir di lapangan terbang ini. Terdapat anggota polis dan askar lengkap bersenjata di ruang tertentu. Saya perhatikan tiada pula papantanda “Selamat Datang ke Pakistan” di dinding-dinding lapangan terbang ini. Mereka mungkin kurang mesra pelancong atau orang luar agaknya.

Tiada aero-gate di Lapangan Terbang Antarabangsa di ibu negara Pakistan ini. Nasib baik proses untuk mengambil bagasi berlalu dengan cepat. Manakan tidak, saya hanya membawa satu beg saiz sederhana sahaja ke Islamabad.

Confessions Of An Economic Hitman – Sebuah Video Interaktif Yang Senang Difahami!

pernah baca buku Confessions Of An Economic Hitman hasil karya John Perkins?

kalau pernah, anda pasti akan tahu apa yang video di bawah bincangkan

basically kini dunia diperintah oleh kaki-kaki kapitalis yang sentiasa mahukan keuntungan semaksima mungkin

mungkin dunia kita telah kehabisan tenaga sumber asli, mungkin dah sampai ke penghujung kehidupan dunia agaknya kan

apa2 pun aku memang suka dengan style penerangan video yang mcm ni

aku pernah beli buku si perkins ni dulu kat malaysia, tapi kini dah hilang ke mana entah

esok nak beli balik la buku tuh kat saeed book bank jinnah super

nak mentelaah kembali. semua pasal kapitalis sekarang ni kan! hehe 🙂

Economist and writer John Perkins was deeply involved in Washington’s economic schemes to create a global empire. Now he tells RT what’s come out of it – and who really controls the world’s biggest economy.

Loading

Korban Percintaan – Julie Remie

perghhhhh suara minah ni mmg lunak2 merdu la. berhantu suara dia ni 🙂

lagu dulu2 mmg betul2 best la kan. mmg sungguh layan

no wonder la zaman2 rock kapak pun best. senang nak ingat lirik sampai sekarang ni

mula2 dengar lagu ni kat sinar.fm mcm pelik je sebab suara dia lain plak

Duhai kanda rayuan hati
Rayuan kasih cinta abadi
Tiga tahun peristiwa berlalu
Batin tersiksa dipasung rindu

Tapi kini apa ‘kan daya
Aku hanya insan biasa
Pada Tuhan aku berserah
Menyerah diri di atas sejadah

( korus )
Aku tahu kau tak bersalah
Takdir Tuhan tiada terduga
Hanya doa dan air mata
Mengiringi perpisahan kita

Padamu kasih aku berpesan
Kira jasadku meninggalkan badan
Di atas nisan tolong tuliskan
Inilah kubur korban percintaan

( ulang dari korus )

Loading