adakah tsunami akan melanda dunia lagi 30 tahun? hanya Allah yang Maha mengetahui.
Saintis Ramal Sebahagian Sumatera Lenyap
PADANG: Sekumpulan saintis dunia meramalkan kejadian tsunami baru akibat gempa bumi kuat dalam masa 30 tahun lagi bakal meragut sehingga 60,000 nyawa di Indonesia selain melenyapkan sebahagian besar pesisiran pantai Sumatera.
Kawasan itu kini didiami kira-kira 900,000 penduduk. Pakar geologi Amerika Syarikat yang disegani, Kerry Sieh dan sekumpulan penyelidik lain membuat kesimpulan membimbangkan itu selepas mengkaji keadaan gelinciran di kawasan terbabit selepas gempa bumi besar 9.3 pada skala Richter yang mencetuskan tsunami atau ombak besar di Asia pada 26 Disember 2004.
Pendapatnya turut dikongsi bersama saintis universiti dan institusi kerajaan lain.
“Gelinciran yang terbentuk di pesisiran pantai barat Sumatera sepanjang 200 kilometer itu juga menjadi titik pertembungan kerangka tektonik Eropah-Asia dan Pasifik yang saling menolak sejak bertahun-tahun lalu, menyebabkan pembentukan tekanan,”
kata Sieh yang juga pakar di Institut Teknologi California.
Kumpulannya menggunakan data gempa bumi sebelumnya dengan kejadian gempa besar berlaku pada 1797 dan 1833. Namun, gempa terbaru pada 2004 dan kejadian gempa susulan di Pulau Nias, tiga bulan selepas itu menyebabkan pembentukan gelinciran lebih ketara.
“Gempa bumi yang dijangka berlaku dalam tempoh 30 tahun lagi akan menyaksikan kemusnahan teruk terutama di pesisiran pantai selatan wilayah Sumatera yang sebelum ini terjejas dalam tsunami, dua tahun lalu.
“Kami tidak dapat mengesahkan gempa bumi baru itu berlaku esok atau minggu depan, tetapi sekadar mengingatkan. Ia bukan sekadar andaian tetapi kepastian,”
tegasnya.
“Bayangkan, semua kawasan itu akan tenggelam dan wilayah ini pula didiami ramai penduduk,”
kata Datuk Bandar Padang, Fauzi Bahar. – AP