Category Archives: ugama + islam

Salam Nuzul Quran @ 17 Ramadhan 1429H !

esok umat islam akan merayakan satu lagi hari bersejarah dalam islam

esok hari nuzul quran ye kawan2

janganlah buat2 lupa plak. selamba la tak hengat ko ek ! haha

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

sumber jakim

marilah sama2 kita mengingati hari bersejarah ini dengan membaca Al-Quran

semalam ko tengok heroes sempat kan.

Apa Yang Anda Mahu Dengan Ramadhan Al-Mubarak Pada Tahun Ini ?

kali ni nak buat post yang simple n sweet. haha

dah 1 hari berpuasa kan. hehe

so amacam dengan puasa korang ?

berjaya ke puasa segala2nya.

hehe puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja ye !

ni antara target aku puasa kali neh. hehe

korang plak camner ?

Loading

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 1429H / 2008M Malaysia !

kejap je dah nak puasa kan

pejam celik, pejam celik dah 1 ramadhan 1429H

so korang klik je lah kat atas neh kalau nak tahu

waktu imsak & berbuka puasa bagi seluruh malaysia tahun 1429h atau 2008m.

jadual from utusan malaysia dan jakim. hehe 🙂

puasa jangan tak puasa ok.

malam ni kita terawih ramai2. hehe

rasa best je kan bila tiba ramadhan

nampak ramai yang pergi masjid. seronok je rasa

lepas terawih ada moreh plak tuh kat masjid

bebudak pun ramai kat masjid. seronok mereka bermain. hehe

jom kita penuhkan rumah Allah !

dan jangan lupa, tatkala kita seronok berpuasa ada rakan2 muslim kita yang sengsara setelah dilanda bencana di china ya. sama2lah kita doakan mereka selamat.

Seluruh Kuala Lumpur [Kembali]

Tarikh Hari Imsak Berbuka/Maghrib
01-09-2008 Isnin 5:42 19:20
02-09-2008 Selasa 5:41 19:20
03-09-2008 Rabu 5:41 19:20
04-09-2008 Khamis 5:41 19:19
05-09-2008 Jumaat 5:41 19:19
06-09-2008 Sabtu 5:41 19:18
07-09-2008 Ahad 5:41 19:18
08-09-2008 Isnin 5:40 19:17
09-09-2008 Selasa 5:40 19:17
10-09-2008 Rabu 5:40 19:16

Salam Jumaat Sebelum Ramadhan Ya !

Salam Jumaat Sebelum Ramadhan Ya !

Loading

Jangan Lupa Ya – “Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan Ialah Pada 31 Ogos 2008”

dulu2 masa kecik suka tengok pengumuman neh

pastu akan bersorak kalau esok nya tak jadi puasa. hehe

kalau jadik puasa kenalah pergi masjid untuk terawih kan. hehe

tapi semenjak, dua menjak neh. tak ramai yang tengok pengumuman ni lagi

mungkin sebab kita dah boleh mengagak dengan tepat bila akan bermula 1 ramadhan. hehe

Loading