esok umat islam akan merayakan satu lagi hari bersejarah dalam islam
esok hari nuzul quran ye kawan2
janganlah buat2 lupa plak. selamba la tak hengat ko ek ! haha
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
marilah sama2 kita mengingati hari bersejarah ini dengan membaca Al-Quran
semalam ko tengok heroes sempat kan.
siap tercengang nengok desperate housewives lagi !
hari tuh ko pergi berjalan2 ke param pun sempat kan.
pegi shopping kat sogo plak sekali !
so hari ini dan esok …..
takkanlah tak sempat nak baca kita suci kita ni kot
come on lah ! hehe
soalan terakhir – takde ke mp3 quran dalam ipod 80gb ko tuh ?

Pingback: KisahberuanG.com® » What Day Is It?