ya di pakistan mmg terdapat beberapa secretarian atau berlainan jemaah
walaupun hampir kesemuanya memeluk agama islam yakni dalam 97% di sini
kejadian semalam sebenarnya berpunca daripada kebencian ke atas secretarian yang lain
aku mmg dah lama la fobia dengan solat jumaat di sini
bermula pada kes pengeboman di masjid di chaklala di islamabad december tahun lepas
mereka open fire di dalam masjid selepas solat jumaat, baling grenade dan seorang suicide bomber meletupkan diri di dalam masjid
akibatnya masjid runtuh dan lebih 400 orang mati di situ juga
kebanyakkannya mati disebabkan tidak dapat menyelamatkan diri tatkala masjid runtuh tiba2 sahaja
perkara sebeginilah yang membuatkan aku tergerak hati untuk solat jumaat di luar islamabad
kini aku hanya solat jumaat di dalam satu masjid sahaja
tak berani rasanya nak solat di masjid lain. precaution dan gerak hati amat penting di bumi pakistan
u dont need to be at the wrong place and at the wrong time. buruk akibatnya nanti
kalau anda rasa tidak selamat, lebih baik beredar segera kerana jika ada bom yang meletop, anda masih selamat
dan jika tiada bom meletup sekalipun, anda masih lagi selamat




