Category Archives: jalan2x + melancong

sri ayu seafood restaurant

kali aku nak memperkenalkan satu restaurant yang best kat area sri gombak. tak sempat nak masuk googlearth nak check map dia.

saper2 yang familiar dengan area sri gombak, just drive via mrr2 ke tol gombak, boleh masuk ke sri gombak ni ikut kiri. kalau terlepas korang akan jumpa stesen minyak projet dengan petronas. tu kira dah terlepas la tuh.

lepas masuk simpang kiri, terus masuk kiri lagi, then masuk parking, korang akan nampak restaurant ini betul2 sebelah kiri tuh. nama dia sri ayu seafood restaurant. macam area foddcourt je sebenarnya.

masakan kat sini memang best. ada macam2 untuk dimakan masa lunch.

ada gulai kawah, gulai itik, ikan patin, kerang, sup ikan merah, segala macam kerabu, semua jenis ulam2an, keropok pun ada, ayam goreng kampung pun ader tau! bestnyer. tapi favourite aku mestilah ikan patin masak tempoyak.

perghhhhhh kena plak dengan ulam2an dan air laichikang.

perghhhh terangkat beb!

Loading

register at sm sains muzaffar syah @ mozac

hari saya dengan bangganya telah menghantar adik bongsu saya untuk mendaftar ke tingkatan 1 alpha, rumah temenggung (merah) di sm sains muzaffar syah atau mozac, ayer keroh melaka. pagi2 lagi kami sekeluarga telah bertolak ke mozac untuk sesi pendaftaran.

btw mozac = muzaffar syah college ya. term yang kini digunapakai seantero malaya untuk sekolah berasrama penuh ini.

saya begitu teruja dengan suasana sekolah yang begitu menghijau, amat sesuai untuk sesi pembelajaran. dikelilingi oleh hutan hijau. monyet pun ada menemani kami semasa memandu menelusuri bukit di mozac. sungguh segar dan nyaman jika dapat berada di atas bukit ini pada waktu pagi. beruntuk adik bongsu saya yang sorang ni kan.

lihatlah pemandangan yang disajikan di mozac. sungguh saujana mata memandang kat sini. boleh nampak sampai ke laut di sana nun. ni view yang diambil di area koperasi mozac sahaja.

ramainya ibu bapa yang menhantar anak2 mereka ke mozac hari ini. semuanya dengan semangat baru tahun 2007. mereka bakal menghuni mozac selama 5 tahun. sapa seperti saya menghuni asrama kolej melayu kuala kangsar @ mckk di kuala kangsar selama 5 tahun. seronok wooooo.

lihatlah pada struktur bangunan asrama yang kebiruan ini. memang cukup safety. sesiapa tidak boleh menyelinap masuk pun. cukup selamat kan.

libur yang merah

saya memang teruja bila melihat libur, majalah kegemaran saya yang satu ini di rak2 majalah di kedai2 suratkhabar. saya mula membeli majalah kesayangan ini semenjak keluarannya yang pertama lagi. macam kira fan no 1 gitu. memang best mag nih. susah nak jumpa mag yang ada local content berkenaan local sight seeing.

  

bila saya menatap majalah ini dengan mata hijau saya, saya akan teruja untuk pergi melancong. suatu ketika saya memang berangan2 utk melancong ke luar negara kerana merasakan percutian di dalam negara amat membosankan. namun sangkaan saya meleset setelah saya membaca majalah libur ini. percutian dalam negara juga menyeronokkan. masakan tidak. belum cuba belum tahu kan?

edisi pulau pangkornya telah menarik saya untuk menempah percutian ke laguna redang island resort selama 3h2m dan seterusnya membeli tiket bas kl-terengganu, tiket kapalterbang mas kuala terengganu-kl dan beberapa t-shirt redang, key chain, mineral water, tidak lupa juga keropok lekor terengganu yang lazat. terima kasih agensi pelancongan ping anchorage kerana telah menguruskan segala percutian saya pada kali ini. puas hati beb!

pertama kali saya ke pulau redang. saya amat terkasima dengan keindahan airnya yang membiru, pasir pantai yang berwarna putih dan sejuk, penginapan yang menyelesakan. makanan di sana yang menggiur dan menyelerakan. memang umpama syurga dunia laksananya. sungguh aman damai, percutian hebat tak terkata. apa yang saya merepek nih eh? takde kerepek di sini. semuanya memang benar belaka.

koi & itik2 sentul

hari ni saya dengar ramai yang bercuti. selamba sahaja mereka bercuti pada hari pertama rakyat malaysia mula bekerja. apa mereka fikir mereka shj yang ingin bercuti? saya pun nak bercuti pada hari ini juga.

banyak urusan yang perlu diuruskan hari ini. dalam banyak-banyak urusan yang menyibukkan hari ini, sempat juga saya menjenguk ke satu tempat baru di sentul. ya sentul! kenapa anda tertawa? sudah jangan tersengih pula….

tak pernah dengar nama sentul kah?

sentul popular juga ya. kalau bukan kerana buah sentul mahupun mat sentul, nescaya sentul tidak sepopular hari ini. sentul dahulunya pusat ktmb atau pusat senggaraan ktmb. banyak quarters di sini. tapi semenjak ytl mengambil alih beberapa ekar tanah di sini, ianya telah dimajukan dengan nama komersil sentul west dan sentul east.

ni la dia design kat area tempat masuk sentul west tu. cantik siot!

tempat yang saya kunjungi sambil jalan2 cari makan kali ini dikenali dengan nama – sentul park koi centre. atau dalam bahasa melayunya – pusat ikan koi taman sentul. fuhhhh susah juga nak cari perkataan yang sesuai dalam bahasa melayu. kamus bahasa melayu ku semakin hilang selepas form v.

The Awan Reflection Masa Balik Kerja

kene keje ler plak ari semalam. takpelah, dah arahan company, nat wat camner ye tak? tapi keje ari sabtu ni ok gak, jalan takde la jam kat kl nih. rileks la sket. kalau setakat keluar kul 7 tu boleh lah survive lagi sampai before 7.30 kat opis. ni yang aku suka keje sabtu ni, boleh plak pakai casual sket.

masa balik keje plak, sambil lalu kat jalan syed putra, baru aku terperasan yang cuaca sekarang ni memang best giler. awan biru, clear skies. sempat plak aku snap a few pics masa balik keje tadi. salah satu gambar reflection awanan biru daripada bangunan public bank. punya la clear sampai boleh nampak awan-awan yang biru pada kaca bangunan tuh. enjoy the piccies.

kalau nak tengok banyak lagi gambar, boleh click kat sini knizam artwork

Loading