register at sm sains muzaffar syah @ mozac

hari saya dengan bangganya telah menghantar adik bongsu saya untuk mendaftar ke tingkatan 1 alpha, rumah temenggung (merah) di sm sains muzaffar syah atau mozac, ayer keroh melaka. pagi2 lagi kami sekeluarga telah bertolak ke mozac untuk sesi pendaftaran.

btw mozac = muzaffar syah college ya. term yang kini digunapakai seantero malaya untuk sekolah berasrama penuh ini.

saya begitu teruja dengan suasana sekolah yang begitu menghijau, amat sesuai untuk sesi pembelajaran. dikelilingi oleh hutan hijau. monyet pun ada menemani kami semasa memandu menelusuri bukit di mozac. sungguh segar dan nyaman jika dapat berada di atas bukit ini pada waktu pagi. beruntuk adik bongsu saya yang sorang ni kan.

lihatlah pemandangan yang disajikan di mozac. sungguh saujana mata memandang kat sini. boleh nampak sampai ke laut di sana nun. ni view yang diambil di area koperasi mozac sahaja.

ramainya ibu bapa yang menhantar anak2 mereka ke mozac hari ini. semuanya dengan semangat baru tahun 2007. mereka bakal menghuni mozac selama 5 tahun. sapa seperti saya menghuni asrama kolej melayu kuala kangsar @ mckk di kuala kangsar selama 5 tahun. seronok wooooo.

lihatlah pada struktur bangunan asrama yang kebiruan ini. memang cukup safety. sesiapa tidak boleh menyelinap masuk pun. cukup selamat kan.

siapa2 rasa nak pegi mozac. kat bawah ni ada googlearth dia, simple je. lepas tol ayer keroh terus je menuju ke melaka town. bila nampak kilang orna steel berwarna biru (bersaiz gergasi), silalah signal ke kanan. anda sure tidak tersesat. mozac menanti di sebelah kanan anda ya!

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 responses to “register at sm sains muzaffar syah @ mozac

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.