hari ni saya dengar ramai yang bercuti. selamba sahaja mereka bercuti pada hari pertama rakyat malaysia mula bekerja. apa mereka fikir mereka shj yang ingin bercuti? saya pun nak bercuti pada hari ini juga.
banyak urusan yang perlu diuruskan hari ini. dalam banyak-banyak urusan yang menyibukkan hari ini, sempat juga saya menjenguk ke satu tempat baru di sentul. ya sentul! kenapa anda tertawa? sudah jangan tersengih pula….
tak pernah dengar nama sentul kah?
sentul popular juga ya. kalau bukan kerana buah sentul mahupun mat sentul, nescaya sentul tidak sepopular hari ini. sentul dahulunya pusat ktmb atau pusat senggaraan ktmb. banyak quarters di sini. tapi semenjak ytl mengambil alih beberapa ekar tanah di sini, ianya telah dimajukan dengan nama komersil sentul west dan sentul east.
ni la dia design kat area tempat masuk sentul west tu. cantik siot!
tempat yang saya kunjungi sambil jalan2 cari makan kali ini dikenali dengan nama – sentul park koi centre. atau dalam bahasa melayunya – pusat ikan koi taman sentul. fuhhhh susah juga nak cari perkataan yang sesuai dalam bahasa melayu. kamus bahasa melayu ku semakin hilang selepas form v.
“experience the feeling of zen. amidst serene and tranquil surroundings” sentul park koi centre motto!
dua tiga kali saya dan adik saya sesat. saya jangkakan saya telah tiba di sentul west, namun ianya ialah sentul east. mujur tiada sentul north atau sentul south. lagi pening dibuatnya nanti. ada ketikanya saya telah sesat sehingga ke highway baru duke atau duta-ulu kelang link. sampai terkeluar daripada koordinat asal. sungguh kecewa!
perjalanan ke sana sebenarnya memang agak mudah (bagi yg tahu sahaja ya). nanti saya lampirkan peta melalui googlearth di sini.
memang indah dan nyaman suasana di sentul west dan di sentul park koi centre. kagum saya seketika berada di sini. menyaksikan gerbangnya sahaja telah menyebabkan mata terpukau, mata terbeliak. cun juga tempat ni. syabas buat pemajunya ytl kerana telah mewujudkan suatu laman hijau dan pusat ikan koi yang terbesar di asia tenggara. kecil sedikit daripada yang terdapat di jepun agaknya.
yang paling best, masa tiba di sana, saya dan adik saya telah dihiburkan oleh anak-anak itik tok wi yang berenang-renang manja sekeliling tasik di sentul west. mau sahaja saya menangkapnya, namun pergerakan itik-itik diluar jangkaan dan lebih pantas daripada tangan saya. sila lihat pergerakan anak-anak itik tok wi ini di bawah. yang lembap tangan saya jua.
bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke sentul west dan menyaksikan ikan-ikan koi sebesar peha (ya memang sungguh besar, tak percaya sudah la…huahuahua) berenang-renang ke tepian, silalah lihat paparan melalui googlearth di bawah.
jika anda masih gagal menjegilkan mata untuk melihat peta ke sentul west seperti di atas, silalah click pada imej tersebut untuk melihat imej yang lebih bagak. selamat mencuba! jom jalan2!
okeyla, kalau daripada jalan tar, korang just drive via jalan ipoh sampai ke area plaza igb (kanan) atau menara perkim (kiri). then terus ke arah jalan ipoh tu, bukan ke kl. terus memandu sampai jumpa hsbc (kiri). terus u turn dan nampak padang hijau sebelah kiri. sentul west adalah di sebelah kiri korang. sure jumpe punye pintu dier. dan jika anda masih blur kat mana sentul west, jgn la malu2 anak kucing untuk tengok youtube kat bawah ni anak2 ya :).

Pingback: KNizam Artwerk » Blog Archive » Jom Tengok Ikan2 Koi kat Sentul West Koi Centre !