baru dapat berita neh petang tadi
semoga yasmin ahmad cepat sembuh. amin
kini dalam operation theatre
– – – – –
sumber di sini ya
PETALING JAYA: Keluarga pengarah Yasmin Ahmad telah melantik Pengarah Urusan Leo Burnett, Tan Kien Eng sebagai jurucakap untuk menerangkan situasi sebenar keadaan pengarah Yasmin Ahmad yang dilaporkan sedang ‘tenat’. Ini adalah kerana terlalu banyak spekulasi tentang pengarah terkenal filem ‘Sepet’ Yasmin Ahmad yang dilaporkan jatuh pengsan selepas satu sesi ‘pitching’ di Sri Pentas TV3.
Yasmin telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pakar Damansara kira-kira jam 4.30 petang tadi dan kini berada di dalam keadaan koma dalam Unit Intensif (ICU).
Kata Kien Eng, “Yasmin dalam keadaan okay dan tidak menunjukkan apa-apa masalah kesihatan.”
“Saya ingin betulkan laporan tidak benar yang mengatakan Yasmin pengsan. Dia tidak pernah pengsan. Dia berada dalam keadaan duduk dan memberitahu yang dia tidak sihat. Itu saja.
“Dan saya juga ingin tekankan yang Yasmin tidak pernah berhenti bernafas seperti yang dilaporkan cuma keadaan pernafasannya agak perlahan.
“Pada saat ini, doktor sedang cuba melakukan sesuatu untuk merawat Yasmin. Keluarga Yasmin berharap agar peminat dan mereka yang mengenali Yasmin akan berdoa agar dia dapat melepasi saat yang sukar ini,” kata Kien Eng.




