alamak dah ada kematian yang pertama la di singapura
kena lebih berhati2 kalau mcm ni kan
– – – – –
sumber di sini ya
SINGAPURA 18 Julai – Singapura hari ini mengesahkan kes pertama kematian berkaitan Influenza H1N1 di republik ini bila seorang lelaki berusia 49 tahun meninggal dunia tengah hari ini.
Kementerian Kesihatan berkata, lelaki itu mengidap beberapa penyakit – diabetes, hypertensi, dan kolesterol tinggi – dimasukkan ke Hospital Besar Changi Khamis lepas setelah dikesan simptom seperti influenza selama empat hari dan diagnosis menghidap Influenza A (H1N1).
Kementerian itu berkata, lelaki itu mati akibat serangan jantung, disebabkan pneumonia yang teruk berserta jangkitan Influenza A (H1N1).
Sementara itu, seorang lelaki berusia 55-tahun yang mengidap beberapa penyakit berkaitan – hypertensi dan sakit jantung ischemic – di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Singapura didapati positif Influenza A (H1N1), menurut kementerian itu.
Beliau datang ke hospital itu semalam kerana kesukaran bernafas dan diterima masuk dan pemeriksaan menunjukkan beliau diserang sakit jantung.
Beliau bagaimanapun dalam keadaan stabil kini. – Bernama

4 responses to “Singapura Sahkan Kematian Pertama Berkaitan Influenza H1N1”