Category Archives: berita + dunia

MRR2 Retak Lagi – Giler Ah Diaorang Neh ! Hehe :)

aku ingat lagi dulu masa diaorang tutup kejap jambatan mrr2 kat kepong

memang jam giler beb

aku nak pegi rumah adik aku kat sg buloh from melawati mmg siksa giler

jam sana jam sini. hampeh la diaorang

pastu diaorang engage consultant mana ntah nak baiki

ada issue pasal static weight ngan non-static weight la

amenda lah, dah bayar mahal2 untuk baiki

sekali rosak balik. hampeh la kan. haha

hari tuh dah spent about 70 million kan. sekarang ntah berapa lagi nak dibazirkan

duit rakyat lagi beb!

MRR2 retak lagi Tiga batang prategasan putus secara tiba-tiba di rasuk jejambat


KUALA LUMPUR 3 Ogos – Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini yang dibina dengan kos RM238 juta dan telah pun dibaik pulih menggunakan belanja tambahan RM70 juta mengalami keretakan sekali lagi.

Pagi ini beberapa pemandu melaporkan mereka ternampak batu-batu jatuh dari salah satu rasuk jejambat itu dekat Stesen Komuter Kepong.

Selepas pemeriksaan, keretakan dikesan pada salah satu rasuk tiang jejambat itu. Tiga daripada 18 batang carbon fibre reinforced plastic (CFRP) prategasan yang dipasang pada struktur itu didapati putus secara tiba-tiba.

Dapatkan “Cash Rebate” RM625 Untuk Petrol Anda di “POS Online” daripada POS Malaysia Bhd !

aku dah agak dah mesti ada online version punya

haha tak sesia aku melancarkan mogok malas tak mau ke pos office nak claim cash rebate neh

cayalah pos malaysia ! mcm ni lah perkhidmatan yang cekap kan

mmg takde masa beb nak pegi post office (walaupun ada masa nak pergi lowyat! haha)

sapa2 nak claim via online boleh click ke pos online

memang senang giler. register kejap. pastu terus boleh claim

dia cakap akan bank in dalam akaun bank korang secepat yang mungkin

aku nak tengok berapa cepat diaorang nak bank in ni nanti. huhu 🙄

Loading

Kereta Elektrik Proton Dijual Tahun Depan Atasi Kenaikan Petrol – From Utusan Malaysia

wahhhh dah ada kereta elektrik la nanti. hehe 😐

kadang2 aku terfikir apsal tak bwak adjer toyota prius ke malaysia kan. hehe ❗

berapalah harga prius kalau masuk malaysia tanpa excise tax kan

apa kata semua menteri pakai dulu kereta neh dan jadikan sebagai kereta rasmi kerajaan dulu ?

kalau semua ok barulah rakyat nak beli kan. hehe 🙄

Kereta elektrik Proton dijual tahun depan atasi kenaikan petrol

Abdullah Ahmad Badawi gembira selepas memandu uji kereta elektrik di Kementerian Kewangan, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA 21 Julai – Kerajaan mengarahkan Proton mengeluarkan kereta elektrik di Malaysia selewat-lewatnya tahun depan bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel.

Kereta yang menggunakan bateri yang perlu dicas tenaga elektrik selama enam jam di rumah itu mampu dipandu sejauh 320 kilometer. Kuasanya dapat bertahan sehingga 36 jam.

Kos untuk menggerakkan kereta itu hanya 18 sen sekilometer.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memandu uji kereta elektrik Lotus, model yang dikeluarkan oleh anak syarikat Proton di United Kingdom, berpuas hati dengan penggunaan teknologi baru itu yang langsung tidak menggunakan petrol.

Hot FM VIVA ENCIK RAHMAN – Menangi RM250 Sekarang!

setiap pagi aku mesti dengar hot fm

mungkin sebab hot fm am crew yang kelakar giler beb 😀

hehe best siot diaornag berdua tuh pepagi. hilang tension kejap

sekarang neh encik rahman famous giler kat radio. kalah kelly clarkson! :kiss:

korang pernah dengar pasal encik rahman ? hah! saper tuh! ❗

dialah suara yang dok kat dalam iklan “jalan ismail, jalan stoner, jalan ara etc etc” tuh. hehe

iklan perodua viva tuh la. hehe :mrgreen:

sapa2 nak masuk peraduan just click je kat mana2 image ok.

hehe senang dowh! 👿

Loading

1st In History of Photography – “Picture Exclusive: The Incredible Moment A Leopard Attacks A Crocodile” from MailOnline

korang pernah tengok leopard makan buaya

hah! click sini kalau nak baca

memang cool lah. hehe kali pertama diamik gambarnya

ada youtube lagi ok

puas aku carik kat mana lah aku baca pasal posting ni

rupa2nya from blog enche chot yg bekerja di klcc. hehe

Loading