Category Archives: berita + dunia

Kecoh Di Perak – MB Perak Umum Bubar DUN Serta-Merta ! & Empat ADUN Perak Sertai Sidang Akhbar Bersama Najib !

ntah hapa2 la kat perak neh sekarang

apa cerita yeop !

MB Perak Umum Bubar DUN Serta-Merta

sumber here

IPOH 4 Feb. – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengambil tindakan drastik dan luar biasa apabila mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta.

Beliau berkata dalam satu sidang akhbar di Ipoh hari ini bahawa beliau akan menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini untuk mendapatkan perkenan baginda. – Bernama

Empat ADUN Perak Sertai Sidang Akhbar Bersama Najib

PUTRAJAYA 4 Feb. – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Fong dan Nasharuddin Hashim akan menyertai sidang akhbar khas bersama Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan diadakan sebentar lagi di pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini petang ini. – Utusan

Loading

Ape Ke He Nyer Kecoh Giler Kat Perak Sekarang Ni Yeop ?

macam2 la berlaku sekarang neh kan

kecoh giler la plak kat perak neh

hampeh !

tengah2 ekonomi yang semakin merudum.

boleh plak diaorang neh bersandiwara pasal politik

wei !

tak habes2 lagi ke pilihanraya dulu tuh ?

aku dah muak !

sumber di sini yop !

IPOH 1 Feb. – Kecoh, kelam-kabut dan ‘genting.’ Itulah senario paling tepat untuk menggambarkan keadaan kerajaan negeri Perak hari ini.

Kerajaan negeri pakatan pembangkang yang hanya mempunyai kelebihan lima kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) kini terumbang-ambing tidak ubah seperti telur di hujung tanduk.

Kekecohan adalah berikutan status dua wakil rakyat, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dari kerajaan pakatan pembangkang itu – yang ‘hilang’ sejak 26 Januari lalu – sehingga tengah malam ini masih menjadi pertikaian.

Ia berpunca daripada pengumuman rasmi Speaker Dewan Negeri Perak, V. Sivakumar bahawa kedua-dua mereka telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ADUN Changkat Jering dan Behrang pada pukul 5.45 petang.

Tidak sampai tiga jam selepas itu Jamaluddin dan Mohd. Osman menafikan sekeras-kerasnya berbuat demikian.

Tolong Uruskan “Keluarga Pocong” – Penduduk Kampung Tembioh…

fuhhhh horror gak la kalau tengah2 memancing

sekali naik benda2 yang tak sepatutnya kan

nak2 plak masa maghrib. fuhhhhh maunyer lintang pukang kan

sumber di sini

KOTA TINGGI 1 Feb. – Pocong ‘lima sekeluarga’ yang menggemparkan penduduk Kampung Tembioh dekat sini kelmarin masih dibiarkan terdampar di tebing Sungai Johor tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkenaan hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata penduduk mendakwa ‘tidak reti’ hendak menguruskan pocong-pocong tiruan itu dan sebahagiannya bimbang untuk mendekatinya kerana dikhuatiri ia berkaitan perbuatan sihir.

Seorang penduduk, Othman Abas, 50, berkata, pihak berkaitan tidak sepatutnya membiarkan ‘keluarga pocong’ itu ‘berkampung’ di tepi sungai berkenaan.

“Ini kerana ia bukan saja memberi tanggapan tidak baik terhadap masyarakat di sini malah penduduk terutama wanita dan kanak-kanak takut melalui kawasan itu,” katanya ketika di temui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, penduduk kampung itu gempar dengan kejadian aneh dan menyeramkan ekoran penemuan lima objek menyerupai pocong yang terdampar di tebing Sungai Johor.

Ia ditemui dua sahabat, Mohd. Izzuddin Abd. Karim, 18, dan Mohd. Razif Ismail, 17, yang sedang menjala ikan di sungai itu kira-kira pukul 7 malam, kelmarin.

Erdogan Ve Peres Gazze Konulu Panele Katiliyor !

hehe amik ko

aku pun x sure bahasa apa yang jadi blog title kali neh

Turkish Prime Minister Erdogan leaves the debate in Davos (translation)

sure seo friendly for google turkey lah kot !

respect sama perdana menteri turki !

buat apa nak stay kat davos tuh kalau depa semua support israel kan

extracted from here

Moderator: There was a heated debate here. This is a discussion that can last for hours. We are already out of time.

Erdoğan: One minute.

Moderator: Mr. Prime Minister, well, you know

Erdoğan: One minute, one minute! No! One minute.

Moderator: Ok, but I want you not to speak more than one minute.

Apa Ke Hal Nyer Guna Teleconversation Zaman 3G Neh Eh ?

semalam ke bila ntah

aku tengok buletin utama

walaupun aku benci buletin utama. hehe

aku tertengok (tertengok ok) bahagian sukan

penyampai tv (betul ke ni eh ?) tengah borak ngan pelumba basikal negara kat australia

aku musykil

apsal dalam zaman moden giler neh

masih ada lagi siaran berita pakai teleconversation

pastu terpampang gambar static pelumba negara kat tv

hampes ke hapa eh ?

zaman moden neh kan ke ada ym semua tuh

guna la kan… huhu

bagi la something called video conversation secara live

oklah kalau tak nak live buat la delay telecast ke hapa ke kan

tapi tak payahlah asyik pakai teleconversation and then tunjuk gambar je

takkan la kat ostolia tuh takde internet kan

ke memang takde ?

haha

Loading