Semua enam anggota TUDM maut
KUALA LUMPUR: Helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang pagi Jumaat lalu dijumpai jam 1.24 petang tadi. Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Zulkiflee Abdul Latiff berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai helikopter itu di kawasan kira-kira lima kilometer Barat Laut Genting Sempah. Menurutnya, semua enam anggota TUDM yang hilang ditemui maut. Usaha sedang giat dijalankan untuk mengeluarkan mayat mangsa dan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
