After 5 Days of Using iPhone 4 by Maxis/Apple, This Is My Short & Unbiased Review on the iPhone 4

nampaknya ramai dah tak sabar2 lagi nak tunggu aku review pasal iPhone4 ni eh

oklah aku bagi short review sketlah apa yang aku rasa pasal iPhone4 ni ok, semua unbiased review

maxis tak bayar aku apa2 pasal review ini. aku yang bayar depa nak dapatkan iPhone4 ni hokey

bukan senang nak dapat iPhone4 ni ok. gua kena dapat media pass pastu tunggu kul 2am

kalau ada sapa2 ada pendapat lain, aku nasihatkan dapatkan iPhone4 and then review sendiri

masa sebelum aku dapatkan iPhone4 ni pun dah macam2 review aku dapat from owner

ada yang kata OK, ada yang kata tak OK, macam2 lah sampai aku naik pening. hehe

last2 aku decide nak beli sendiri dan buat review sendiri. sendiri puas hati. muhahahaha

– – – – – – –

ok kita mulakan dengan isu paling cool dalam sejarah pembuatan iPhone4 ni iaitu antennagate (pintu pagar makcik tenna)

antenna gate bukan antenna astro hokey. antennagate ni issue dia sebab iPhone4 ni antenna dia keliling phone

aku ada dengar rumuors dan baca sekali yang iPhone4 ni ada masalah besar dengan bendalah antennagate ni

ada yang cakap antennagate ni penyebab kepada dropcall

ada plak yang gtaw pasal proximity sensor (dekat sangat ngan muka/rambut) mcm2 lah hokey

apa comment aku? oklah so far lepas dah 5 hari call/sms dan percubaab melunyaikan iPhone4 ni, ni kesimpulan aku

antennagate mmg ada problem ngan iPhone4 beb !

tapi…………. tapi ianya bukanlah satu masalah besar sebab so far aku x pernah ada drop call ok

aku perhatikan kalau aku letak iPhone4 ni kat atas meja (bukan dalam tangan), bar dia mmg full, dalam 5 bar

tapi the moment aku hold iPhone4 ni kat tangan jatuh 1 bar. diulangi hanya 1 bar

bukan bar council ataupun bar-ua tapi bar kat maxis nyer connection tuh hokey.

so bila aku buat call aku perasan xde la ada drop call mcm yang diwar2kan

sekali lagi diingatkan ini bukan paid review maxis. wa talak hal nyer ngan maxis.

wa kalau x puas hati wa cakap, kalau wa suka, wa masuk meminang. hehe

so bagi aku anttenagate mmg ada hilang 1 bar tapi xde la sampai call2 then drop. call2 then drop

lepas 5 hari guna ni takde pun drop call langsung. kalau cakap dalam gua (yg takde bar) ofkoz drop hokey. hehe

pasal proximity sensor plak. aku confuse sket amendelah ni kan. depa ckp iPhone4 ni xleh detect muka/rambut

so kalau tengah2 call surelah akan ada drop call. hehe

setakat ini, diulangi setakat ini, aku guna phone, pegang dengan betul, takdelah plak drop call hokey.

aku tak tau la kalo ko call style letak iPhone4 ni rapat giler ngan muka or rambut. pecer style gtew plak?

or kalo ko style sambil ckp phone main2 rambut ikal mayang sambil buat2 aksi2 manja mcm ella aku tak surelah kan. hehe

orang call aku, sms bagai, aku call orang lain, semua berjalan lancar, lancar selancar2nyer. hehe

so bagi aku no big issue ngan proximity sensor or antennagate.

– – – – – – – –

ni lagi satu aku nak habaq. untuk pengetahuan korang masa kul 4am tuh juga aku  compare iPhone4 ngan 3Gs

actually 3Gs ni pun ada masalah la. aku dah cuba hold 3Gs ngan full tangan (dua2 belah tangan) terus jatuh from 5 bar ke 1 or 2 bar

aku hold iPhone4 ni, cover semua keliling antenna dia ngan tangan aku. mmg drop dia punya network bar maxis tu

tapi ni jugak berlaku pada 3Gs. so ntah2 benda ni dah lama berlaku cuma masa iPhone4 je baru perasan hehe

tapi sapelah nak hold iPhone4 ni pakai dua2 belah tangan kan. dah mcm badut jumpa iPhone4 la plak ko nanti.

giler ke apa. pakai sebelah tangan dah la. hehe

– – – – – – –

ok kita lupakan sekejap pasal antennagate. kita kembali kepada iPhone4 ni

antara bendalah yang aku benci pasal iPhone4, juga iPhone3Gs ialah battery life

ramai orang cakap alah biasala tuh, dah nama smartphone, mestilah makan banyak battery

hello maxis dan apple! lu dah tau gua selalu nak pakai iPhone4, lu designlah batery life tahan lama sket ok

lu orang mmg x reti marketing la. kalau lu improve giler2 iPhone4 battery life, surelah gua akan sanggup bayar punya

pengalaman aku menggunakan iPhone4 ngan iPhone3Gs ni, godek2 facebook, twitter, blog ngan gmail je dah habis battery 50% ok

tu belum gua yangs elalu snap gambar bagai kan. dah nama liveblogger, tatap liveblogger tegar. hehe

so aku mmg benci dengan battery life dia. aku yang sebelum ni x pernah beli car charger terpaksa beli sebab aku selalu travel tau

so kat islamabad ada car charger, kat malaysia pun ada. x ke naya tuh kan. manjang nak charge je

so i terms of battery life mmg hampeh. 3Gs lagi hampeh la kan. senang cakap iPhone4 ngan iPhone3Gs dua2 hampeh la in terms of battery life

– – – – – –

owh lupa nak bagi tau. pasal antenna tadi kan ada yang cakap kalau nak avoid masalah antennagate letak cover plastik

adoyai! pe case beb! dah beli iPhone4  mahal2 takanla gua nak letak plastik kot

kalau setakat nak letak plastik cover keliling iPhone4 tuh, better aku beli handphone plasti botol air tu je

aku pakai cover leather (flip), so far no big issue ngan antennagate.

– – – – – – – – – –

semua review ni tertakluk kepada penggunaan iPhone4 selama 5 hari

kalau ada apa2 perubahan ie. ada drop call ke apa ke, gua update balik post ni ok

jangan risau, gua xde kaitan ngan maxis or apple.

steve jobs juga bukan pakcik sedara gua yg join rombongan lelaki dalam majlis pertunangan gua semalam

– – – – – – – – –

so aku dah bagi review pasal antennagate, proximity sensor ngan battery life.

puas hati ke idak?

ke nak aku review pasal design, spec, iOS sekali?

dah nama pun short review, mestilah short kan. haha.

kalau pasal design semua bagai tu, satu je la aku nak review

iPhone4 nyer design ni mmg jauh panggang la drpd api ngan phone lain

nokia, sony, whatever semua still x leh challenge touch screen ngan design icon iPhone4 ni

kalau ada pun android kat samsung galaxy S kot

tuh aku nak bagi setahun pada android. mungkin boleh catch up ngan iPhone4 kot

yang lain2 tuh, gua malas nak cakap banyak la pasal design depa

p/s – eh nokia ada lagi ke kat market? haha

– – – – – – – –

ada orang tanya aku apsal x pakai blackberry

ni pantun dua kerat iklas drpd aku

“apa kes nak pakai blackberry, baik gua buat pekasam letak dlm dalam almari”

hehe. SHRMZB

– – – – – – –

owh lupa letak disclaimer. review adalah based aku punya personal experience

so kalo ko nak beli iPhone4, ko beli. jangan beli sebab aku cakap bagus ok.

or jangan x beli sebab aku kutuk battery life dia. hehe

it’s your money, it’s your choice. xde kaitan ngan gua.

tapi kan kalau boleh, lepas lu beli tu, review la sekali lu punya personal experience

asyik gua je tulis blog. lu baca. sekali-sekala nak juga lu blog gua baca

jgn lupa tinggalkan link url lu punya review pasal iPhone4 kat comment box. hehe

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

41 responses to “After 5 Days of Using iPhone 4 by Maxis/Apple, This Is My Short & Unbiased Review on the iPhone 4

  1. Pingback: iPhone 5 Bakal Dilancarkan 4 Oktober 2011, Bila Nak Sampai Malaysia ni Maxis Oooiiiii !! — KNizam Artwerk

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.