Siapa kata di Islamabad tiada tinggalan sejarah ?
Islamabad ni sebenarnya satu bandar yang terancang, dibina sekitar tahun 60an.
Islamabad ini semacam dengan Putrajaya di Malaysia, cuma lebih awal dibina dan dibangunkan.
In fact beberapa kenalan warga Pakistan yang saya temui acapkali memberitahu yang Putrajaya sebenarnya copycat kepada Islamabad.
Erm Entahlah! Hehe 🙂

[ 1 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Di pinggir Islamabad ni ada satu perkampungan lama yang dipanggil Perkampungan Saidpur (Saidpur Village).
Memang lama sebab perkampungan ni telah wujud sekitar 400 ke 500 tahun dahulu.
Kalau tengok pada ciri-ciri perkampungan ini pun sudah tahu yang kampung ni memang lama dah klasik lagi bersejarah.
Bangunan-bangunan dan rumahnya kebanyakkannya diperbuat daripada tanah yang dicampurkan dengan hampas-hampas gandum, tiada simen yang digunakan.

[ 3 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Lihat saja pada bentuk binaan dan sebibina struktur rumah-rumah di sini.
Kesemuanya rapat-rapat dan berbentuk segiempat.
Rata-ratanya berwarna coklat dek kerana batu bata yang digunakan oleh penduduk kampung.
Perkampungan ini rata-rata hampir musnah kerana ditelan zaman.
Pihak CDA (Majlis Perbandaran Islamabad) di sini mengambil inisiatif untuk membina semula perkampungan ini.
Jalan-jalan dibina semua, rumah-rumah yang rosak diperbaiki.
Muzium diperindah dan sedia dibuka untuk pengunjung dan pelancong

[ 5 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 6 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Terdapat sebuah kuil sikh di sini, sekarang di jadikan juga sebagai muzium rasmi perkampungan ini.
Saya terpesona dengan senihalus yang dipaparkan di dinding-dinding muzium ini.
Begitu indah dah terperinci sekali lakaran-lakaran yang dihasilkan di sini.
Berwarna-warni dan bermacam-macam rekabentuk simbol dizahirkan di pintu malah di dinding muzium ini.

[ 7 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 8 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Di tengah-tengah perkampungan ini terdapat sebatang sungai yang mengalir lesu.
Tiada banyak air yang mengalir hari itu. Sungai itu suatu waktu dahulu dikhabar begitu berguna kepada penduduk kampung.
Airnya yang banyak mengalir sehingga ke Tasik Rawal di tengah-tengah bandar Islamabad.
Terdapat sebatang pokok di tengah-tengah sungai.
Saya kurang pasti samada pokok ini adalah pokok asal ataupun baru ditanam oleh pihak CDA sebelumnya.

[ 9 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 10 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Seni ukiran yang pelbagai disudahi dengan warna-warna terang amat memikat sesiapa sahaja yang memandang.
Lihatlah kesinambungan pelita yang diperbuat daripada tanah liat diletak di sudut dinding di atas.
Saya percaya pelita dinyalakan pada malam hari untuk memberi impak cahaya gemawan.
Api adalah sumber cahaya suatu ketika dahulu di perkampungan ini.

[ 11 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 12 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Di suatu sudut di kampung ini dibangunkan semula bangunan-bangunan yang telah usang dan hampir roboh.
Terdapat juga restoran-restoran yang dibina di sini bagaikan cendawan tumbuh lagaknya.
Saya rasa kawasan ini akan terkenal tidak lama lagi dan akan jadi seperi di Monal Pir-Sohawa.
Pasti ramai yang akan berkunjung untuk menikmati makanan ala-ala Pakistan di sini.
Chicken tikka (ayam dirempah dan dibakar) dan chicken karahi (ayam masak ala-ala rendang pekat) di Pir Sohawa sungguh sedap.
Saya belum berkesempatan utnuk mencuba menu yang sama di sini.

[ 13 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 14 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Terdapat warga Pakistan yang menjual cenderamata di sini.
Tiada satu pun yang memikat hati saya untuk membelinya.
Nantilah lain kali saya akan singgah lagi ya, terperasan juga ada kedai yang menjual lukisan-lukisan tempatan yang indah.
Rasa macam mahu membeli dan memenuhkan rumah saya dengan beberapa kenangan melalui lukisan tempatan.

[ 15 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 16 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Gambar di atas menunjukkan seorang pekerja CDA yang juga mahir bermain rebab.
Nampak macam mini rebab sebab saya tahu saiz rebab yang asal mestilah lebih besar daripada itu kan.
Sedap pula alunan rebab oleh pakcik ini.
Saya ada rekodkan muzik rebab, nantilah saya kongsikan sekali di sini ya.
Sedang asyik mendengar alunan rebab, saya telah terlupa untuk menanyakan namanya.
– – – — – – – –
Updated today at 2200hrs. Dah masukkan video pemain rebab kat bawah ni. hehe 🙂

[ 17 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 18 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Pintu kayu yang jika di bawa ke Malaysia pasti akan jadi seperti pintu klasik lagi antik.
Macam ala-ala dunia hobbit di dalam filem the lord of the rings sahaja bentuknya.
Pagar-pagar yang dihiasi indah dengan pokok-pokok bunga kertas sungguh menawan.

[ 19 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 20 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Tatkala saya cuba mengambil gambar tempat pejalan kaki, datang seorang kanak-kanak riang.
Minta diambil gambarnya sekali.
Saya snap sekali dengan gambar siarkaki tersebut.
Selepas itu dia memanggil kawan-kawannya untuk bergambar sekali lagi.
Saya layankan saya kanak-kanak Perkampungan Saidpur yang ingin bergambar ini.
Entah anak siapalah ini kan. sungguh comel.
Sempoi bergambar.

[ 21 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 22 ] Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan | 27 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Terasa mahu membeli tapi malas punya untuk bertawar harga dengan mereka.
Nanti saya akan datang lagi!
– – – – –
Di bawah ialah dokumentari yang dibuat oleh rebel designer berkenaan Saidpur Village di Islamabad.
Lawa gak la dokumentari ni.
Nampak kemas sahaja kan. hehe 🙂
Kat bawah neh plak video pasal tukhang yang main rebab tuh.
Lagi sharp siot gambar dia, memang sedap je mendengarkan. hehe 🙂

8 responses to “[22 Photos] Melawat Perkampungan Saidpur Yang Berusia 500 Tahun & Terpesona Dengan Alunan Rebab di Pinggir Bukit Margalla | Spring 2010 | Saidpur Village | Islamabad, Pakistan”