Monthly Archives: March 2012

Pesta Musim Bunga Telah Bermula, Tidak Ketinggalan Pokok Pear Depan Rumah Ni | Islamabad, Pakistan

Live Update: 27 Mar ’12, 11.46pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Pokok buah pear di depan rumah ni tengan rancak berbunga. Bunganya yang berwarna putih seakan-akan sama dengan bunga pokok epal. Musim bunga pokok pear ini sekejap sahaja sebenarnya. Pada mulanya kita akan nampak penuh satu pokok dengan bunga putih ini. Namun bila kelihatqn dedaunan musim bunga, bunga-bunga putih ini akan gugur dengan sendirinya, petanda musim berbunganya telah tamat. Saya rasa dalam 2-3 minggu sahaja bunga-bunga putih ini akan mekar sebelum gugur ke bumi.

Loading

Gulab Jamun Yang Sungguh Manis, Umpama Badak Berendam Disulami Gula | Rana Market, Islamabad, Pakistan

Live Update: 27 Mar ’12, 11.34pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Ini adapah salah satu daripada hidangan manisan yang popular di Pakistan. Namanya Gulab Jamun. Jangan tanya saya apa maksudnya kerana saya tidak tahu. Yang saya tahu bebola tepung diuli bersama dengan susu kerbau dan di bentuk seperti bebola kecil. Biasanya Gulab Ini dimakan semasa sejuk dan disajikan pada hari istimewa seperti hari perkahwinan dan sebagainya. Rasanya? Cukuplah saya katakan yang ianya terlampau manis dan kurang memenuhi selera tekak melayu seperti saya.

Loading

Maher Zain – Sepanjang Hidup | Vocals Only (No Music) Version

Aku bersyukur kau di sini kasih
Di kalbuku mengiringi
Ddan padamu ingin ku sampaikan
Kau cahaya hati
Dulu ku palingkan diri dari cinta
Hhingga kau hadir membasuh segalanya
Oh, inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku
Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku

Kau anugerah Sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih penguat jiwaku
Berdoa kau dan aku di Jannah
Ku temukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oh, inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku
Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku

Bersamamu ku sadari inilah cinta
Tiada ragu dengarkanlah
Kidung cintaku yang abadi

Loading

[18 Photos] Pengalaman Memberikan Gambar-Gambar Pada Kanak-Kanak Afghanistan di Kawasan Setinggan | Spring 2012 | Aghan Camp, Near METRO I10 | Islamabad, Pakistan

Pada pertengahan tahun lepas saya telah singgah ke kawasan setinggan penduduk Afghanistan untuk bertemu dengan kanak-kanak Afghanistan (Afghan) dan merakamkan aksi-aksi mereka di hadapan rumah-rumah setinggan mereka. Mereka memang amat miskin, lihatlah sahaja akan rumah-rumah mereka yang diperbuat daripada tanah. Bekalan air dan elektrik sememangnya tidak cukup di sini. namun keadaan yang daif ini tidak bermakna mereka tidak boleh menikmati kehidupan dengan baik dan gembira. Mereka ada cara mereka yang tersendiri untuk bermain dah menghiburkan hati masin-masing.

[ 1 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Saya sempat merakam beberapa gambar dan kanak-kanak ini memberikan kerjasama yang baik dengan saya. Keluarga mereka juga ada bersama ketika itu. Bukan main berposing lagi mereka di hadapan lensa kamera tengah hari itu. Seronok melihat telatah dan gelagat mereka menyaksikan seorang asing seperti saya yang tidak boleh berbahasa Urdu atau Pashto seperti mereka. Entah mengapa bagi saya, memang sedap mendengarkan mereka bertutur di dalam Bahasa Pashto ini.

Maher Zain – Insya Allah | Malay – Vocals Only Version (No Music)

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah…
Ada jalannya
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah…
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah…
Ada jalannya
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah…
Ada jalannya

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar…

Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah…
Ada jalannya
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah…
Ada jalannya

Loading