Monthly Archives: March 2012

Pepperoni Pizza Yang Besar & Lazat Di Atas Awan | The Monal Restaurant, Pir Sohawa, Margalla Hill | Islamabad, Pakistan

Live Update: 28 Mar ’12, 10.56pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Dah lama sebenarnya tak naik ke puncak Bukit Margalla dan menikmati hidangan enam di Restoran Monal ni. Kali terakhir masa last winter rasanya kot. Kali ni nak cuba pizza pepperoni ni pula. Duduk di atas katil yang berbentuk sofa, sambil layan angin sejuk, dipanah mentari tengah hari. Dapat pula pizza yang hebat ni, memang priceless!

Loading

Kambing Pun Nak Tumpang Naik Van Suzuki Sekali | Saidpur Village, Islamabad, Pakistan

Live Update: 28 Mar ’12, 9.01am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Di sini jangan tak tahu ya, kambing pun akan naik pengangkutan awam. Kalau anda membeli kambing, pastikan anda bayar sekali kos pengangkutan untuk kambing yang dibeli ke rumah anda. Ya. Kambing akan menaiki pengangkutan awam dan duduk sebelah manusia di sini. Apa perlu lori? hehe 🙂 Lihatlah kedua kambing yang sungguh malu-malu untuk menaiki van suzuki tuh. Malu-malu kucing lagaknya!

Loading

Maher Zain – Ya Nabi Salam Alayka | Vocals Only Version

Gönüllärde hasretin var
Yüreklär ashkenla tcharpar
Sensiz Dünya bizlere dar
Seelam sana Ey kotlu yar

With submission, faith and patience
You conveyed the noble “message”
Brought us light through your guidance
Peace be upon you my beloved
Ya habibi ya Muhammad

Chorus:
Ya Nabi salam ‘alayka
Ya Rasool salam ‘alayka
Ya Habib salam ‘alayka
Salawatu Allah ‘alayka
(O Prophet peace and blessings be upon you
O Messenger peace and blessings be upon you
O Beloved peace and blessings be upon you
May the peace and blessings of Allah be upon you)

Teri mohabbat kee mehek se
Yeah zameeno asma abadh hain
Rehmat kee barsat aati hain
Dillo jaan ya rasoola Allah

Ayyuhal mukhtaru feena
Zaadanal hubbu haneena
Ji’tana bil khayri deena
Ya khitaamal mursaleena
Ya Habibi ya Muhammad

Loading

Kedai Gunting Rambut Bawah Pokok Paper Mulberry | Saidpur Village, Islamabad, Pakistan

Live Update: 28 Mar ’12, 12.04am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Seperti yang dijanjikan, inilah dia rumah Pokok Paper Mulberry di Perkampungan Saidpur. Pokok ini kini tiada daun kerana masih musim dingin lagi. Pokok ini sudah semestinya berjasa kerana meneduhi tukang gunting rambut bawah pokok ini. Klasik kan kedai gunting rambut bawah pokok macam ni? Agak-agak retro gitu!

Loading

Inilah Dia Pokok Paper Mulberry Jantan Yang Mengganggu Warga Islamabad Yang Alah Kepada Allergy Pollen | Saidpur Village, Islamabad, Pakistan

Live Update: 27 Mar ’12, 11.55pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Ketika musim bunga ramai juga warga Islamabad yang terpaksa memakai topeng, ini kerana rata-rata mereka alah kepada debunga halus Pokok Paper Mulberry ini. Pelik juga saya, CDA (Majlis Perbandaran) sebenarnya telah menanam dengan banyaknya pokok-pokok Mulberry ini di sekitar Islamabad. Mungkin juga suatu masa dahulu mereka kurang arif dengan akibat penanaman pokok ini. Pokok Mulberry ni besar sebenarnya. Senang ditanam dan rendang pokoknya. Nanti saya buat blog post berkenaan kedai gunting rambut di bawah Pokok Mulberry. Barulah anda akan dapat mengagak saiz Pokok Paper Mulberry ini.

Loading