Monthly Archives: December 2009

Chicken Tikka Capital Pir Sohawa

Live Update: 26 Dec ’09, 12.33pm PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam

Ni kali kedua aku makan kat capital redtaurant kat pir sohawa ni
Mmg sedap siot chicken tikka dia, chicken karahi pun sedap jugak
Aku biasa makan ngan puree adjer. Kalau makan ngan chapati or nan mmg la cepat kenyang
Satu serving boleh makan 3 orang woooooo
Dia akan hidang panas2 depan mata korang, mmg berasap2 la kan
Chicken karahi plak korang order adjer yang pedas, bagi standard aku x de la pedas mana pun. Hehe
Kat atas neh ada cahaya matahari menyinar atas kepala
Tapi sebab dek kat atas bukit tuh yg sejuk giler tuh. Kena pakai jaket siot
Kepala aku pun dah pening ngan kesejukan terlampau kat islamabad neh
Haha lupa plak nak amik gambar chicken karahi ok.

Loading

Pir Sohawa & View Margalla Hills

Live Update: 26 Dec ’09, 12.03pm PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam

sempat aku lunch kat pir sohawa kat margalla hills tadi
Memang betul lah chicken tikka, puree ngan chicken karahi kat atas neh mmg sedap siot
View pun cun giler dari atas neh, saujana mata memandang ok
Tuh kat bawah valley tuh ada macam2 village
Kat atas neh walaupun ada matahari tapi still sejuk giler kena pakai jaket siot ok. Hehe
Jap lagi aku snap gambar depa masak chicken tikka ya

Loading

Damai Homestay kat Kuala Kangsar – Satu Lagi Penginapan Best Terbaru di Kuala Kangsar !

perghhhh aku perasan dah banyak la homestay kat kuala kangsar neh kan

dulu2 masa aku belajar kat kuala kangsar, memang limited giler penginapan kat kuala kangsar

yang ada cuma rumah rehat kuala kangsar ngan hotel double lion adjer

kadang2 kalau famili aku turun kuala terpaksa tido kat ipoh ok

kadang2 singgah taiping nak tido then turun balik ke kuala kangsar

hehe sekarang dah ada safari resort, dah ada homestay dan banyak penginapan budget kat kuala kangsar

so senang la kalau siapa2 nak melawat kuala kangsar kan

aku mmg suka turun kuala kangsar neh, memang aman damai adjer bile singgah kualer neh ok

mmg dunia terasa akan berhenti seketika kalau korang pergi melancong ke kuala kangsar

serius gua tak tipu punya. banyak benda yang boleh dibuat kat kuala neh ok

ada macam2 tempat bersejarah yang boleh dilawati dan banyak makanan dan minuman yang nak dicuba

aku mmg akan selalu la turun kuale sebab aku coach hockey team mckk (mighty duck project 2010)

tapi serius la mmg mendamaikan kalau dapat bercuti ke kuala kangsar ok.

– – – – –

Assalamualaikum..nizam..

TV Shows: “Planet Food Scandinavia” at “Travel Channel” – Adusss Rasa Macam Nak Pergi Melancong Ke Negara2 Scandinavian Lah!

semenjak aku subscribe dengan nayatel program (ala2 astro kat malaysia tapi lagi murah) ni

aku asyik la melayan satu rancangan best neh.

nama rancangan dia planet food kat travel channel

korang boleh check semua series planet food pasal scandinavia kat bawah neh ok

amacam ok ke idak rancangan neh eh ?

memang best la kan. hehe aku rasa mmg untung la kalau dapat melawat sana

mmg impian neh. hehe 🙂

aku rasa mcm pernah buat blog post pasal rancangan perfect day kat sini

tapi cari punya cari x jumpa plak dowh. haha nasib la korang kan

mmg tertarik aku nak pergi negara diaorang neh selepas aku tengok rancangan perfect day tuh lah

mula2 mmg nak pergi ke norway lah dulu. then sweden. hehe 🙂

Ramai Giler Manusia kat Faisal Masjid

Live Update: 25 Dec ’09, 7.37pm PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam

Hehe hari neh mmg ramai giler manusia kat faisal masjid
Sebab hari neh cuti krismas and ramai nak melawat masjid terbesar di pakistan neh
Aku tengok penuh setengah masjid
Saspens pun ada gak siot hari neh heehe
Sekarang kena sentiasa alert waima masa nak solat jumaat sekalipun

Loading