2 kementerian batal peraduan

la dah kena batal ke semua hadiah?

sources -utusan malaysia

Dua kementerian batal peraduan

Oleh Habibah Omar dan Nurliza Abdul Rahman

PUTRAJAYA 13 Feb. – Dua orang menteri hari ini membuat keputusan yang jarang-jarang dibuat, iaitu menarik balik peraduan yang dilancarkan oleh kementerian masing-masing dengan serta-merta.

Seorang daripada mereka, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad ketika menarik balik peraduan yang menawarkan hadiah kereta Perodua MyVi bagi orang ramai yang menukar MyKad menganggap ia sebagai ‘tidak perlu’.

Sementara seorang lagi menteri, Datuk Seri Chan Kong Choy yang baru melancarkan peraduan tangkap gambar pesalah trafik – empat hari lalu – menyifatkan peraduan itu ‘boleh disalah guna oleh sesetengah pihak untuk meraih untung’.

Utusan Malaysia belum pasti mengapa tindakan drastik itu diambil. Bagaimanapun, ia mungkin disebabkan kritikan pelbagai pihak yang menganggap tindakan kerajaan menawarkan peraduan itu sebagai kurang wajar.

Kolum pojok Utusan Malaysia 8 Februari lalu turut mengkritik perkara itu.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melancarkan hadiah bulanan Jom Tukar dan Menang kepada mereka yang menukarkan kad pengenalan lama kepada MyKad pada tahun 2005. Semasa itu kementerian tersebut diterajui Datuk Seri Azmi Khalid.

Kementerian Pengangkutan pula melancarkan Peraduan Tekan, Hantar dan Menang bagi meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat umum dalam mengambil dan mengemukakan gambar pesalah trafik.

Radzi, yang bertanggungjawab dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, rakyat sepatutnya dididik untuk melunaskan tanggungjawab sebagai warganegara untuk menukar MyKad tanpa disogokkan dengan pelbagai tawaran hadiah.

“Lupakan fasal MyVi, adalah tidak wajar menawarkan kereta hanya semata-mata untuk menyuruh rakyat menukar MyKad, ini soal dokumen pengenalan diri.

“Saya kecewa dengan semua ini, bukan soal kita tak ada bajet, kenapa mesti nak kena upah, nak kena buat cabutan bertuah baru orang nak datang tukar (MyKad),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di Jabatan Imigresen sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, kesemua hadiah tersebut akan didermakan kepada rumah anak-anak yatim.

Azmi, dalam pada itu ketika dihubungi enggan mengulas.

Kong Choy pula berkata, keputusan menghentikan peraduan itu juga dilakukan setelah mengambil kira pandangan disuarakan dalam media massa oleh Presiden Majlis Peguam dan mahkamah syariah serta pihak-pihak lain.

“Peraduan Tekan, Hantar dan Menang sempena Tahun Baru Cina itu bermula 10 Februari lalu sehingga 10 Mac depan dan ia merupakan peraduan yang direka bagi meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat umum dalam mengambil dan mengemukakan gambar pesalah trafik.

“Bagaimanapun setelah mengambil kira pandangan semua pihak, saya mengarahkan peraduan itu dihentikan serta-merta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azmi semasa melancarkan peraduan bernilai RM300,000 itu berkata, cabutan bertuah tersebut bertujuan menggalakkan dua juta rakyat Malaysia yang belum memiliki MyKad memohonnya tanpa menunggu tarikh tamat pada 31 Disember 2005.

Bagaimanapun cabutan bertuah terakhir yang sepatutnya dilakukan pada penghujung November 2005 dengan tawaran 80 hadiah bernilai RM100,000 dan hadiah utama, tidak pernah diadakan sehingga hari ini.

Sementara itu, melalui peraduan Tangkap, Hantar dan Menang yang disiarkan di laman web www.panducermat.org.my milik Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), orang ramai boleh merakamkan aksi-aksi pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan trafik sepanjang bulan ini.

Kesalahan yang dilaporkan itu akan dirujuk kepada JPJ untuk tindakan penguatkuasaan dan penyumbang gambar berpeluang memenangi hadiah menarik berupa wang tunai bernilai RM168 untuk hadiah pertama, RM118 (hadiah kedua) dan ketiga (RM68).

Setakat ini, laman web berkenaan memaparkan 1,494 imej dalam tiga album yang diambil oleh pengguna jalan raya dengan menamakan lokasi, tarikh dan kesalahan yang dilakukan.

i must admit that i even didn’t know the official website until i read this news virtually. u can view the colourful and cheerful website (kudos to the website designer) by clicking at the image below or simply click here

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.