Live Update: 23 Dec ’11, 5.02pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam
dah lama pla rasanya tak shoot gambar sunset kan
sekarang ni malam makin panjang, maghrib kul 5.15pm
siang dah jadi makin pendek plak hehe. ni pakai iPhone je ni
Semasa penulis belum tiba di bumi Islamabad dahulu, penulis juga seperti anda semua, tidak menyangka yang bumi Pakistan ini adalah sebenarnya mempunyai cuaca dan suasana empat musim. Di sini ada musim panas, sejuk, bunga dan luruh, tidak lupa juga akan musim hujan seperti di Malaysia.
Salji memutih di Pergunungan Murree pada Januari 2011
Sampaikan ada ketika penulis hanya berbekalkan jaket pejabat sahaja lantas menaiki pesawat TG ke Islamabad pada Oktober 2009. Sesampainya di lapangan terbang, sejuknya ya amat. Menyesal pula tidak membawa baju sejuk ketika itu. Suhu pada malam 22 Oktober 2009 adalah dalam 2′c sahaja. Sejuk mencengkam ke tulang lagaknya!
Live Update: 20 Dec ’11, 12.48pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam
tudiaaaa mcm dah lama la tak belasah kerang bakar kan
dok kat sabah paling heaven seafood depa lah mmg fresh
cakap je nak apa semua jenis seafood ada kat sini woooo
Live Update: 15 Dec ’11, 8.41am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam
good morning malaysia! memang cantik pemandangan ni
depan bilik hotel je ni sebenarnya, dok kat promenade KK
memang lawa la kota kinabalu, dah lama tak datang sini bah
Live Update: 13 Dec ’11, 1.19pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam
cewaaaahhh macam dah lama la tak singgah ke midvalley ni
dah ada christmas decor plak la. shopping complex ni kan
kalo hujung tahun memang lawa2 decor depa ni, sale lagi!
Live Update: 11 Dec ’11, 8.52pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam
aku memang daripada dulu sampai sekarang minat siot
minat kat pokok puding ni la kan, colour memang menawan
merah garan macam cili kering, siap ada warna kuning lagi
dapat tanam kat isb best gak ni kan hehe. sebaris je ni