berita terkini di perak
nampaknya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir akan dilantik sebagai mb yang baru
macam2 yang berlaku dalam masa satu hari sahaja di perak neh kan
macam2 perkara baru yang berlaku
harap2 kita semua dapatlah pengajaran daripada kes di perak kali ini
sejarah akan kekal sebagai sejarah
terpulang kepada kita untuk belajar daripada sejarah atau pun tidak
aku pun baru tahu yg sebelum neh mmg dah ada kes mb tak mau letak jawatan neh
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.
Beliau berkata Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.
Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru itu akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar jam 3.30 petang, esok.
Upacara mengangkat sumpah Exco pula akan diadakan pada 10 Februari ini jam 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Abdullah berkata demikian pada sidang akhbar sejurus tiba dari Perak di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dekat sini.
Beliau diiiringi Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini. – Bernama

26 responses to “Sultan Perak Perkenan ADUN Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir Sebagai MB Baru Perak”