Setelah 6 Hari, “Laluan Kerani Hilang Di Gunung Yop Yap Dikesan”

di antara perkara yang ditakuti masa masuk hutan ialah “sesat”

mcm kes kali neh dah 6 hari hilang

tapi masih ada harapan sebab dah jumpa jejak

semoga cepat diketemukan beliau dengan ahli keluarganya

sumber utusan malaysia :

GUA MUSANG 21 Feb. — Pasukan mencari dan menyelamat seorang kerani bank yang hilang di Gunung Yop Yap sejak enam hari lalu, menemui jejak yang dipercayai dilaluinya.

Sehubungan itu kerani berkenaan dipercayai dapat ditemui tidak lama.

Jejak itu menunjukkan Mohammed Hassan Ayat Zainuddin, 28, dari Bangi Selangor, menuju ke kawasan Kuala Mu, bersempadan dengan Perak.

“Pihak kita masih meneruskan pencarian di seluruh kawasan gunung berkenaan dan tumpuan lebih diberikan pada laluan menuju ke sempadan Perak yang dipercayai menjadi laluan mangsa yang hilang yang sedang mencari jalan keluar.

“Bagaimanapun sehingga kini masih tiada petanda lain dan pihak kita berharap dengan petanda awal arah laluan ini, memberi harapan positif untuk pihak kita menemui mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Gua Musang, Ahmad Termizi Haq kepada Bernama.

Mohamed Hassan Ayat dipercayai hilang semasa menuruni gunung itu bersama rakan-rakanya yang lain Ahad lalu.

Ibunya, Norhayati Abd Razak, 56, berkata petanda awal berkenaan memberi sedikit kelegaan dan harapan kepada beliau dan suaminya, Zainuddin Shariff, 59, untuk menemui semula anak mereka. — Bernama

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 responses to “Setelah 6 Hari, “Laluan Kerani Hilang Di Gunung Yop Yap Dikesan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.