Saifulislam.com Dah Keluarkan Buku Pula ! Hehe :)

saya memang selalu mengikuti perkembangan terkini di laman web saifulislam.com yang dibangunakan oleh ustaz hasrizal, seorang pensyarah, pendakwah bebas dan juga pelajar di uia.

saya kagum dengan kebolehan beliau mengarang ayat2 bahasa melayu yang begitu tersusun dan seolah2 ‘bercahaya‘. tulisan beliau begitu menarik untuk dibaca. blog beliau bukan blog biasa. blog beliau adalah blog untuk berdakwah. tidak seperti blog saya yang penuh dengan edisi jalan2 carik makan dan persis blog melancong sahaja. hehe.

kadang2 saya pun pelik, manalah ustaz hasrizal neh dapat idea yang pelbagai2 dan banyak yang menarik2 pula untuk menulis blog tersohor beliau itu. memang saya tabik la dengan beliau. hehe

saya memang kagum dengan blog beliau yang selalu update. padat dengan informasi terkini akan dunia islam. beliau begitu tekun mencari ilmu, mendalami ilmu dan mencurahkan kesemua ilmu yang beliau ada, selagi terdaya di dalam blog beliau.

kini saifulislam.com telah mengeluarkan buku pula. saya yakin gaya bahasa di dalam buku tersebut jugak tidak banyak bezanya dengan gaya penulisan beliau di dalam blog saifulislam.com. hehe. belum beli saya sudah mampu mengagak akan contents buku beliau. saya akan cuba mendapatkannya di pasaran, saya kan suka jalan2 carik makan sambil menapak ke kedai2 buku berhampiran. hehe pastinya saya akan terlangkah ke mph alpha angle sekali lagi kan! dan sudah pastikan saya akan mencari jalan untuk berbelanja untuk satu dua buku. semoga buku beliau akan berada di mph alpha angle semasa saya menapak ke sana nanti! hehe

apa lagi kawan2 jangan segan

jangan silu ya

dapatkanlah buku terbaru ustaz hasrizal di pasaran nanti. hehe

pasti meruntun jiwa.

pasti mampu mengisi kekosongan masa sehari2

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.