kadang2 aku rasa berita2 mcm ni lagi layak dok kat muka depan kan
hehe bagi semangat sket semua ahli sukan malaysia
lepas squash, bowling mungkin masa untuk basikal plak dapat status dunia kan
tahniah !
28/03/2009 12:00pmKUALA LUMPUR 27 Mac — Pelumba berbasikal kebangsaan, Mohd Rizal Tisin berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 1 kilometer ujian masa pada Kejohanan Trek Dunia di Pruszkow, Poland yang berlangsung awal hari ini.
Rizal yang juga merupakan juara Asia dalam acara itu mencatatkan masa 1 minit 01.658 saat untuk berada di kedudukan ketiga daripada 28 pelumba yang mengambil bahagian.
Stefan Nimke dari Jerman muncul juara dengan masa 1:00.666s manakala pelumba Amerika Syarikat, Taylor Phinney mencatatkan 1:01.611s untuk berada di tempat kedua. – Bernama
2 responses to “Rizal Raih Gangsa Di Kejohanan Trek Berbasikal Dunia !”