perhatian !
ini adalah karya dalam bahasa melayu sepenuhnya
sila betulkan tatabahasa (bukan ejaan!) seadanya ya 😀
—
tadi masa aku makan tengah hari aku sungguh teruja :up:
bukan sebab kuetiaw sup yang aku sedang jamah
eh silap !
aku bukan makan sup lah !
aku hanya makan nasi goreng kampung, telur dadar telur mata kerbau & sup kosong sahaja
tapi sebab masa aku makan tadi, aku ternampak peti televisyen yang sedang menayangkan berita pada pukul 1.30 tengah hari.
pastinya saluran tv3. saluran mana lagi ada berita terkini, hiburan sensasi kan ?
diberitakan oleh pemberita “plus tawar diskaun tol mulai 1 januari 2009”
wah ini sudah bagus !
aku memang setiap hujung minggu akan menggunakan khidmat tol lebuhraya plus.
ini sudah dikira satu penjimatan
mata ku terpaku. nasi goreng terbiar begitu sahaja
tapi !
belum sempat aku merayakan diskaun plus ini
baru aku tersedar… rupanya tawaran diskaun itu hanyalah untuk pemanduan pada waktu tertentu sahaja
bukan pada waktu puncak pastinya !
telahan aku betul !
diskaun ditawarkan hanya pada pukul 12 tengah malam (atau pepagi buta!) sehingga ke jam 7 pagi keesokan harinya.
gila kah mereka ini ?
takkan aku nak bersengkang mata semata-mata untuk mendapatkan diskaun 10%
baik aku tidur sahaja dan memandu di siang hari
bukan kah pemanduan pada malam hari amat bahaya (terutama jika di siang hari anda bekerja?)
di mana logik nya ?
tolong mana2 pengusaha penulis blog jawab soalan aku ?
pada yang bukan penulis blog sila ke tepi seketika, daftar dulu dengan wordpress.com baru letak komen anda ya 👿
—
engkau perasan atau tidak yang akronim “plus” adalah sepenuhnya berbahasa melayu. tidak macam klcc, klia, klsentral yang menggunakan bahasa selainnya…..
—
kalau mahu komen penulisan 100% bahasa melayu aku juga silakan…

35 responses to “PLUS Turunkan Kadar Tol – Hanya Untuk Pemanduan Bermula Pada 12 Tengah Malam Sehingga 7 Pagi ?”