Perghhhhh Gatal Je Tangan Aku Nak Update Blog Neh Semalam !

haha akhirnya aku berjaya juga melaksanakan hari tanpa entry semalam kan

kejayaan besar beb !

hengat senang ke tak boleh update blog selama 24 jam

macam perkata dalam kepala otak aku semalam

gatal je jari-jemari mentega aku nak update dengan posting2 terbaru

tetiba je banyak idea. sampaikan boleh buat 10 entries sekaligus. hehe

i tell u la. memang tersiksa la semalam. haha

tengok benda yang sama je kan. posting yang sama

sekarang baru aku rasa camner la kalau aku melawat mana2 blog

pastu tuan punya blog tak update langsung. haha

nyampah gua !

haha so nasihat untuk korang dan juga aku

sayangilah blog sendiri

bukan kerna wang !

okeylah aku nak update sampai 5 posting hari neh

postig selanjutnya akan menyusul dalam masa 2 jam daripada sekarang !

Loading

03.02.2009 = Hari Takde Blog Entry …..

haha esok aku takmo post apa2 pun

malas la. takde idea dowh

penat pun ader gak. haha

so esok adalah hari takde blog entry.

korang jangan plak ikut aku

korang post je lah macam biasa. huhu

p/s – tapi kalau nak ikut pun ikutlah !

suka hati ko lah labu ! haha

Loading

Ape Ke He Nyer Kecoh Giler Kat Perak Sekarang Ni Yeop ?

macam2 la berlaku sekarang neh kan

kecoh giler la plak kat perak neh

hampeh !

tengah2 ekonomi yang semakin merudum.

boleh plak diaorang neh bersandiwara pasal politik

wei !

tak habes2 lagi ke pilihanraya dulu tuh ?

aku dah muak !

sumber di sini yop !

IPOH 1 Feb. – Kecoh, kelam-kabut dan ‘genting.’ Itulah senario paling tepat untuk menggambarkan keadaan kerajaan negeri Perak hari ini.

Kerajaan negeri pakatan pembangkang yang hanya mempunyai kelebihan lima kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) kini terumbang-ambing tidak ubah seperti telur di hujung tanduk.

Kekecohan adalah berikutan status dua wakil rakyat, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dari kerajaan pakatan pembangkang itu – yang ‘hilang’ sejak 26 Januari lalu – sehingga tengah malam ini masih menjadi pertikaian.

Ia berpunca daripada pengumuman rasmi Speaker Dewan Negeri Perak, V. Sivakumar bahawa kedua-dua mereka telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ADUN Changkat Jering dan Behrang pada pukul 5.45 petang.

Tidak sampai tiga jam selepas itu Jamaluddin dan Mohd. Osman menafikan sekeras-kerasnya berbuat demikian.

Tolong Uruskan “Keluarga Pocong” – Penduduk Kampung Tembioh…

fuhhhh horror gak la kalau tengah2 memancing

sekali naik benda2 yang tak sepatutnya kan

nak2 plak masa maghrib. fuhhhhh maunyer lintang pukang kan

sumber di sini

KOTA TINGGI 1 Feb. – Pocong ‘lima sekeluarga’ yang menggemparkan penduduk Kampung Tembioh dekat sini kelmarin masih dibiarkan terdampar di tebing Sungai Johor tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkenaan hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata penduduk mendakwa ‘tidak reti’ hendak menguruskan pocong-pocong tiruan itu dan sebahagiannya bimbang untuk mendekatinya kerana dikhuatiri ia berkaitan perbuatan sihir.

Seorang penduduk, Othman Abas, 50, berkata, pihak berkaitan tidak sepatutnya membiarkan ‘keluarga pocong’ itu ‘berkampung’ di tepi sungai berkenaan.

“Ini kerana ia bukan saja memberi tanggapan tidak baik terhadap masyarakat di sini malah penduduk terutama wanita dan kanak-kanak takut melalui kawasan itu,” katanya ketika di temui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, penduduk kampung itu gempar dengan kejadian aneh dan menyeramkan ekoran penemuan lima objek menyerupai pocong yang terdampar di tebing Sungai Johor.

Ia ditemui dua sahabat, Mohd. Izzuddin Abd. Karim, 18, dan Mohd. Razif Ismail, 17, yang sedang menjala ikan di sungai itu kira-kira pukul 7 malam, kelmarin.

Uninvited (City of Angels) – Alanis Morissette

tetiba rasa nak dengar lagu lama ni la.

hehe best woooo lagu neh. hehe !

Like anyone would be
I am flattered by your fascination with me
Like any hot blooded woman
I have simply wanted an object to crave
But you you’re not allowed
You’re uninvited
An unfortunate sight

Must be strangely exciting
To watch the stoic squirm
Must be somewhat heartening
To watch shepherd meet shepherd
But you you’re not allowed
You’re uninvited
An unfortunate sight

Like any uncharted territory
I must seem greatly intriguing
You speak of my love like
You have experienced love like mine before
But this is not allowed
You’re uninvited
An unfortunate sight

I don’t think you unworthy
I need a moment to deliberate

Loading