perghhhh menarik gak ni kan
berbuka ala2 berpiknik di padang. memang nyaman je
best je kan. kita bentang tikar. letak segala lauk pauk
pastu ada air sirap limau ais lagi. ada asam pedas. ada buah tembikai
budak2 boleh berlari2an dengan bebas. semua happy. semua gumbira!
errr tapi kalau hujan camner ek ? hehe
BERBUKA DI PADANG…
|
Kebiasaannya hotel, restoran dan gerai menjadi pilihan umat Islam untuk berbuka puasa bersama keluarga atau sahabat handai.
Namun lain pula di Kuantan, Pahang apabila padang Majlis Perbandaran Kuantan Satu (MPK 1) di hadapan Masjid Sultan Ahmad Shah menjadi tumpuan warga bandar ini berbuka puasa terutamanya pada hujung minggu.
Mereka yang datang bersama-sama keluarga dan sahabat handai menghamparkan tikar dan menghidangkan pelbagai jenis juadah.
Yang menjadikannya lebih menarik, kaum lain iaitu India dan Cina turut bersama-sama menikmati juadah yang dibeli berhampiran bazar Ramadan di situ.
Ratusan orang mula memenuhi padang berkenaan kira-kira pukul 5 petang lagi. Suasana sebegini bukan sahaja nampak meriah tetapi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sekali gus perpaduan kaum di negara ini.
16 responses to “Menarik Jugak Berbuka Puasa Ala2 Piknik Macam Ni Kan. Hehe :)”