cayalah !
benda2 mcm neh lah yang baru dikatakan malaysia boleh kan
dah la menang kat indonesia. lagi la cool hehe 🙂
cayalah to both chong wei ngan the doubles.
korang mmg betul2 buat malaysians proud la kali neh. hehe 🙂
– – – – –
sumber di sini ya !
JAKARTA – Istora Senayan terdiam seketika apabila pukulan smash Datuk Lee Chong Wei menjunam tepat ke gelanggang lawan tanpa dapat diangkat bintang tuan rumah, Taufik Hidayat untuk memberikan kejuaraan Terbuka Indonesia kepada jaguh Malaysia itu, semalam.
Malah, apa yang mungkin lebih ‘menyakitkan hati’ peminat tuan rumah, bukan hanya satu kejuaraan berjaya dibawa pulang Malaysia tetapi dua. Wong Pei Tty-Chin Eei Hui terdahulu melakar kejayaan menjuarai acara beregu wanita.
Chong Wei membuktikan dia terlalu handal buat bekas juara Olimpik dan dunia, Taufik apabila menang mudah 21-9, 21-14 dalam masa 31 minit manakala Pei Tty-Eei Hui menamatkan ‘badi’ ke atas pasangan China dengan menjinakkan Cheng Shu-Zhao Yunlie 21-16, 21-16.
Semalam, pemain-pemain Malaysia bukan saja perlu menentang lawan yang hebat, malah terpaksa berdepan ribuan penyokong Indonesia yang mengejek mereka dan diboo sepanjang perlawanan.
“Pemain-pemain kita telah diejek sejak hari pertama kejohanan, jadi saya rasa bila perkara yang sama berulang lagi hari ini, mereka sudah terbiasa dan ia bulan lagi sesuatu yang boleh menganggu tumpuan mereka.
“Keputusan nampak macam mudah tetapi ia sebenarnya tidak mudah. Chong Wei mempamerkan mentaliti yang kuat dan mengerah permainan maksimum untuk menumpaskan Taufik,” kata ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek.
Tegas Rashid lagi, kemenangan Chong Wei dicatat bukan kerana lawannya telah mengalami kemerosotan prestasi tetapi kerana dia sendiri mempamer aksi cemerlang dan keazaman untuk mencari kejuaraan.
“Taufik masih bermain seperti biasa, seperti Taufik yang dulu. Saya rasa permainannya tidak berubah, tetapi hari ini Chong Wei bermain lebih baik dan dia berhak untuk menang,” katanya.
Kenyataan Rashid turut disokong Taufik, yang mengakui Chong Wei menang kerana mempamer permainan yang lebih baik, dengan smash tajam dan pertahanan baik.
“Pada saya, permainan hari ini adalah sempurna. Saya memberi yang maksimum tetapi Chong Wei bermain jauh lebih baik. Dia berjaya membalas semua pukulan saya.. dan saya kalah,” kata Taufik, yang tewas dua kali di tangan Chong Wei pada pertemuan mereka, Mac lalu.
Pada perlawanan semalam, Chong Wei bermula baik apabila menang mudah 21-9 di set pertama. Meskipun cuba disaingi Taufik pada set kedua dan ketinggalan dengan 1-7, namun dia tidak panik.
Jaguh No. 1 dunia itu sebaliknya bangkit untuk memungut mengutip enam mata berturut-turut dan menyamakan kedudukan 7-7, sebelum menutup saingan dengan 21-14.
Sementara itu, reputasi Pei Tty-Eei Hui sebagai pasangan No. 1 dunia akhirnya dilengkapkan dengan kejayaan merangkul kejuaraan pertama sejak menerajui ranking dunia.
Meskipun ini bukan gelaran Siri Super pertama buat pasangan negara itu, selepas muncul juara Terbuka Denmark 2008, namun ia adalah yang pertama buat mereka sejak bergelar No. 1 dunia pada 15 Januari lalu.
“Terbuka Indonesia memberi pengalaman manis buat kami; menang Siri Super dan mengalahkan pasangan yang tidak pernah kami kalahkan selama ini,” akui Pei Tty, yang mencatat kemenangan sulung ke atas Cheng Shu-Zhao Yunlie serta beregu Korea, Lee Hyo-jung-Lee Kyung-won dalam suku akhir, Jumaat lalu.
Sementara itu, Saina Nehwal muncul pemain India pertama merangkul kejuaraan Siri Super selepas mengejutkan pemain jaguh No. 3 dunia, Wang Lin dari China 12-21, 21-18, 21-9 untuk muncul juara perseorangan wanita.
Juara Seluruh England, Lee Yong Dae-Jung Jae Sung dari Korea Selatan pula muncul juara beregu lelaki dengan menewaskan pasangan China, Fu Haifeng-Cai Yun 21-15, 21-18.
Satu-satunya kejuaraan yang berjaya dibawa China, adalah menerusi Zheng Bo-Ma Jin dalam beregu campuran selepas menewaskan Lee Yong Dae-Lee Hyo Jung dari Korea 21-17, 8-21, 21-16. – Utusan

2 responses to “Malaysia Juara Perseorangan & Beregu Perempuan di Kejuaraan Terbuka Indonesia 2009 !”