Kenangan Ramadhan/Syawal 1429 – Balik Kampung III

okeylah hari tuh aku dah cerita pasal pengalaman balik kampung masa sekolah rendah ngan masa aku belajar kat mckk kat kuala kangsar.

satu biasanya naik kereta bapak aku balik kl-jasin dan satu lagi balik nai train (yg memeritkan) dari kuala kangsar ke kl.

kali neh aku nak cerita pasal balik kampung naik flight plaks. ahaks

family aku pindah ke kota kinabalu tahun 1998.

masa tuh aku kat uniten lagi. haha tengah belajar beb!

so bila raya takkan aku nak balik kampung kat jasin kot

nak la aku beraya kat kota kinabalu kan. hehe

so 1st time aku balik beraya naik flight beb ke kk <— bukan kuale ok! hehe

biasanya aku akan letak moto aku (ye dulu aku bawak moto yamaha ss110 ok) kat rumah sewa aku kat taman sg besi indah

rumah aku neh kat area mines la.

aku akan tunggu adik aku yang lagi sorang <— study kat uitm shah alam

so biasanya aku la yg paling last balik kg kan.

yelah semua housemate aku balik dekat je.

aku kena balik kota kinabalu beb! surelah kena spare 1 hari kan.

aku akan bertolak jalan kaki ke stesen komuter serdang <— hehe jalan kaki dowh!

jalan kaki pepagi. tak nak membazir bayar duit teksi ok

sampai je kat stesen komuter serdang, amik tiket warna merah tuh

and then terus ke stesen komuter nilai. yep nilai beb!

jauh tuh kan. haha harus tertidur la kat dalam komuter kan

sebab baik la seats komuter tuh best je kan. lena gak la tidur

tapi tidur2 lembu ayam je la. sebab takmo la plak karang bangun2 terus hilang bag aku

maunyer merana aku kan. ahha !

perjalanan from stesen komuter serdang ke stesen komuter nilai ada la dalam 1 jam kot

sampai je kat komuter nilai kena plak amik bas ke klia kan

dulu2 masa tuh belum ada lagi erl

or kalau ada pun manalah aku mampu nak naik. haha

so kenalah naik public transport komuter ngan bas kan

haha sengkek dowh masa student dulu2 kan…hehe

nak tunggu bas kat stesen komuter nilai pun satu hal jugak…

lama giler. dah la puasa kan. penat dowh!

pastu bas tuh plak bukannya dia terus je pegi ke klia.

bas tuh akan ronda2 keliling pekan apa ntah (salak kot!)

dekat 1 jam barulah aku sampai ke klia

haha biasanya flight aku ke kota kinabalu kul 4 pagi

ni extra flight mas buat sempena raya. yelah kan nak beli tiket biasa (day flight) bapaknyer mahal

so nak tak nak kenalah travel masa odd hours.

sudahnyer aku akan sampai kat klia biasanya maghrib la kan

malas la nak travel malam2 ke klia.

so apa yang aku buat from 1800hrs ke 0400hrs kat klia ?

apa lagi jalan2 la dalam. dah macam terminal man plak aku ngan adik aku dalam tuh

semua tempat kitaorang dah pergi. cockpot je belum. haha

ko bayangkan betapa boringnyer klia kan. ahaks

kadang2 kitaorang tidur la kejap dalam 1-2 jam

tu pun lepas tuh sure lah pening kepala kan. haha

semua sudut klia aku dah pegi. bosan giler dibuatnyer

semua lagu2 dalam walkman sony (yep walkman tahun 1998!) dah dengar

dah tengok kapalterbang sampai ke anjung. haha

biasanya aku akan sampai kota kinabalu dalam kul 0700hrs esoknya

so haruslah sahur ala2 kadar je kat dalam flight kan

dulu2 mana ada air asia. so takde choice kena naik mas la kan

touch down je kat kota kinabalu terus suboh kan. hehe

sampai je rumah kat kepayan terus qadaq tidur la apa lagi…

zzz… zzzzzz zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

itulah kisahnyer.

korangnyer cerita balik kg camner ek ?

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.