Wow! Tak sangka yang Petronas akan menghidangkan bas mini wilayah berwarna merah jambu di dalam iklan merdeka dan hari Malaysia mereka pada tahun ini. Memang nostalgia. Zaman bas mini wilayah. bas mini no 14 yang bertolak dari stesen bas Greenwood sehinggalah ke Pasar Seni (Central Market). Konduktor bas dengan papan tiket dan beg sling kulitnya (ada duit kertas dalam tu). Terasa hendak #AWalkThroughTime dan singgah ke Central Market la weekend ni. Memang menggamit memori. Kenangan abadi. Syok sendiri!
Sedikit maklumat daripada laman web youtube rasmi Petronas:
#AWalkThroughTime is a story of friendship between two boys as they journey through #Malaysia ‘s historic milestones that span over 57 years. +PETRONASOfficial hopes to trigger a sense of pride and patriotism in Malaysian hearts. By remembering the past in strive for a greater tomorrow, this webfilm invites us to look back at what we have accomplished as a nation united#petronasmerdeka
#tanahairku
