amaran! ini adalah entry destinasi bajet tertunda.
bukan live dowh.
tapi delayed blogging depa kata. hahahahaha.
biasanya aku akan buat live blogging depan tv pasal destinasi bajet. tapi kali neh terpaksa buat delayed blogging sebab masa rancangan neh ke udara (perghhh bahasa!) aku tengan on off tengok tv. heheheheheheh lame excuses kan? heheheheheeh 🙂
apa2 pun aku tetap akan blog rancangan kegemaran aku neh. sebab ianya lazat lagi manes. hahahahha memang best rancangan ni dowh. kalau x best takdelah korang baca kan. buang masa je baca somethin yang tak bermanfaat. kalau baca entry aku kali neh sure korang ada idea camner nak habeskan rm300 ronda2 satu kayell! hehehehehehe let the game begin!
kali neh aku bukak je tv sekali si qi neh dah mengira duit la plaks. ayaks. terlepas la sesi mengira duit cam yang dia biasa buat every episode tuh kan. rugi wooooooo terlepas scene paling berharga dalam destinase bajet kali neh.
“satu ratus. dua ratus. tiga ratus. hah! dengan tiga ratus hengget, jom kita tengok apa kita boleh buat kat destinasi kali ini iaiiitttuuuuuuuu KUALA LUMPUR!”
dataran merdeka
si qi kali neh bermula ngan action pack kat dataran merdeka. yang aku paling lawak tuh dia macam nak start explorace plak. ye la kan. explorace biasanya akan mual kat dataran la. lepas habes je announce yang dia nak pergi ronda2 dengan destinasi bajet satu kl, sekali da terus guling2 atas rumput kat dataran tuh. hampeh! cam aki filem2 shah rukh khan plak dah mamat neh. heheheheheheheheeheh
tune hotel (jln sultan ismail / jln tar)
kali ni si qi neh stay kat tune hotel. hotel neh memang la lawa. aku dah masuk dalam website tune hotel by air asia neh. memang cun sebab hotel baru. interior pun memang modern. and then no frills dalam booking accommodation. cuma aku terkilan sket sebab si qi neh x sebut pun pasal apa yang dia dapat ngan harga rm50 stay 2 malam kat hotel neh. kalau x silap aku hotel neh concept dia free and easy. maknanya. kalau kita start booking dalam rm30 je. kalau nak air cond kena tambah a few amount of money. contohnya kalau nak 2 jam aircond, kena tambah rm30. camtu lah. hehehehehe actually mmg jimat pun kan. kalau fikir2 balik, kita hanya akan guna aircond masa malam adjer. masa siang tuh kita biasanya akan ronda2 kat kl. so saper la nak pakai aircond kat bilik tuh kan. heheheheheeh jimat beb! bilik pun lawa ak tengok
hah! ni ada katil, aircond, bilik air pun cun. apa lagi nak beb! semua ada!
bilik nyer wall paper pun cun beb!
nasi kandar kudu
perkara pertama yang si qi neh buat ialah lunch dulu. aku pun sama gak, kalau perut dah lapar camner la nak jalan2 carik makan kan. hehehehehe dia singgah kat kedai nasi kandar kudu ke mene ntah nama dia. hehhehehe lupa plaks. tapi aku tengok nasi kandar dia memang standard nasi kandar la kan. siap ngan ayam goreng and then kuah campur ssaaattuuu! memang nampak menyelerakan plak nasi kandar kat dalam tv neh. favourite drink mamat tuh x lain x bukan mestilah teh ais. pelik aku mesti nak kena ada teh ais. huhuhuhuhuhuu
suria klcc
lepas tuh si qi dengan selambanya pergi ke klcc. perghhh siap bergambar sakan la kat klcc kali neh. aku macam malas je nak blogging kali neh sebab hampir semua tempat yang si qi neh pergi aku dah pergi la. lalalalalalaal. hahahahahaa betul la. dah aku dok kat kl kan. mestilah dah pergi ke semua tempat2 tuh. haahahahahaa tuh yg malas sket nak memblog dowh! anyway kita teruskan perjalanan destinasi bajet 8tv kita di kuala lumpur. hehehehehehee 🙂
naik skybridge klcc
sekali kali neh si qi naik skybridge la. aku pun x pernah naik lagi jambatan gantung kat klcc tower neh. sekali dia plak naik dulu. huhuhuhuh kena naik jugak neh satu hari nanti. hahahahaha saper2 keje klcc nak bagi aku ticket free, sila angkat tangan dan buat entry dalam comments k! hahahahahahaha. aku tengok orang beratur nak amik ticket naik ke jambatan gantung kat klcc tower neh punya la ramai giler kan. harus aku tercongok la kat sana seawal 0700hrs kalau aku still nak ticket. kalau idak melepas la aku nanti kan. heheeheheheh kena awal la. early bird to wake dapatlah the best worm kan. huhuhuhuhu merapu brengset baeeekkk punya kali neh. huhuhuhuhu
aquaria klcc
lepas tu si qi neh plak pergi ronda2 kat aquaria klcc. tiket rm28 je. murah je kan. kalau datang sorang or berdua murah la kan. cuba datang berlapan or ber lima belas, maunyer sakit nak membayar nanti kan. hehehehehehe aku x sempat lagi la nak menjenguk ke aquaria kali neh. hehehheeh nanti la kalau ada masa aku buat entry khas untuk aquaria klcc plaks. ahaks. nampak macam menarik je aquaria neh kan. kena pegi gak la. kalau x nanti x lengkap la kehidupan sebagai warga kota prihatin kan. huhuhuhuhu. aku hengat nanti kalau pi aquaria nak amik pakej menyelam bersama stingray sekali la. hahahhha bila lagi kan. nak scuba diving jumpa stingray ngan jerung besar bagak kat lautan luas mmg la aku x berani. takur beb! maunyer dibaham nanti sapa mau tanggung hah? hahahahahahaahahaa
berjaya times square
lepas melepak2 bersama ikan2 tropika jom kita pi jadik budak2 kat berjaya times square plak. tiket dalam rm35 kalau x salah aku. then boleh la naik itu roller coaster and then make friends ngan saper ntah kat sana. ntah sapa2 la yang si qi ni layan kan. hahahhahah bebudak mana la yang menyebok nak masuk or enterframe dalam destinasi bajet edisi kuala lumpur kali neh. heheheheehee 🙂 memang lawak la plaks tadi. ahaks 🙂
dataran merdeka
lepas tuh si qi pergi balik ke dataran merderka. actually kalau nak diikutkan kat dataran merdeka itself ada banyak bangunan2 bersejaranh yang boleh kita lawati and of course bergambar sakan la kan. hahahahahaah dah nama pun dataran merdeka mestilah ada sejarah ngan nostalgia tersendiri pasal kemerdekaan negara kan. ehhehhheheeheh. ada banyak muzium gak kat area sini sekali bangunan sultan abdul samad ngan perpustakaan kuala lumpur. muzium telekom (oppsssss tm daaaaaa) puna der kat sini dowh! aku dulu kalau lepas tutup akaun company masa malam2 merdeka akan lepak kat dataran masa drive balik. hehehehehe tapi tahun neh aku x boleh buat mende tuh coz sambutan kemerdekaan buat kat dataran merdeka so semua jalan area tuh ditutup. heheheheheh nanti la next year aku akan pergi lagi kat area sana lepas close akaun company k. hehehehehehe 🙂
karikatur kat central market @ cm
lepas tuh aku tengok si qi neh pergi plak melawat ke central market. giler lama aku tak pergi ke central market neh. kalau x dulu masa zaman2 belajar selalu kena pergi sini sebab semua bas ngan lrt station dia kat area sini la. even kalau nak naik komuter ke bangi pun akan lalu area cm and then ke dayabumi. giler jauh berjalan kaki masa tuh. ye lah kan mana la ada kereta ngan motor masa tuh. heheheheeheheh nostalgia beb! terkenang semasa dulu la plaks. ahaks. kat area cm neh gak la aku selalu tunggu bas mini no 40 nak balik ke greenwood masa aku dok kat taman koperasi polis dulu. heheheheheheh selalu gak la aku ronda2 area cm neh kan sementara nak tunggu bas tuh. si qi neh plak masa ronda2 tuh sempat lagi minta pelukis karikatur lukis gambar dia. masa mula2 bargain tuh dia dapat dalam rm120 per karikatur. hehehheh tuh yang detail. bila si qi neh tanya pasal yang simple dan murah. dapat lah dalam rm30. perghhhhh murah la tuh kan. kalo camni aku pun nak la pergi cm buat karikatur gambar aku plak. tapi special sket la kan. aku nak yang ada kaler. and then bolehlah kalau nak frame sekali letak kat rumah baru kat setia alam. hahahhaahahahahah berangan giler dowh!
breakfast at kopitiam kat tune hotel
aku x sure la si qi neh breakfast kat kopitiam mana. tapi dia siap makan 2 biji telur setengah masak ngan milo panas. milo beb! biasa minum teh ais. kali neh milo la plaks. ahaks. sure dia dengar orang selalu complaint dia asyik memfofularkan teh ais dan meminggirkan minuman lain la neh kan. heheheheheeh anyway selamba la dia makan telur jer. roti takde ke qi? kalau aku la sure la x cukup kan. maunyer nak roti ngan telur la sekali satu set kan. heheheheheeh though namanya destinasi bajet tapi bab makan x yah la bajet2 sangat ya qi. heheheeheheheheehehhe
muzium negara
dalam banyak2 tempat si qi neh pergi melawat muzium negara la plaks. ahaks. giler lama aku tak melawat muzium negara. dulu ada la sekali datang masa dato’ shahrom bawak pameran mumia kat muzium negara. masa tuh memang ramai yang datang ke muzium sebab ada unsur2 hantu la kan. heeheheheheeh kali neh aku tengok muzium negara neh dah diupgrade sket. dah banyak pengubahsuaian yang dibuat. dah macam real sket. sampaikan kubu melaka pun ader dalam muzium negara. anyway cam biasa2 je aku tengok si qi neh kat dalam muzium. aku tunggu gak kalau2 dia nak buat lawak tengkolok tak sudah mcm dulu2. heheheheeeh sekali mandome je lar. hehhhehehehe 🙂
hehehhe lorong haji taib
mamat neh siap posing kat depan papan tanda jalan haji taib and then say no to the sex activities. heheheheheh memang patut pun kan. kita pergi melancong bukannya nak buat maksiat and then create dosa adjer. huhuhuhuh bagus la si qi neh siap ada mesej lagi dalam destinasi bajet dia kali neh. heheheehehehehehe 🙂
petaling street
dah lama gak aku tak pergi ke petaling street. ada orang panggil china town. whateverlah kan. hehehheeh kat sini dulu ada banyak pirated cds dgn vcds. sekali sekarang dah kureng la plaks. ahaks. tapi barangan lain mcm jam murah, beg tangan murah, t-shirts, jerseys etc memang still banyak la kat sini kan. heheheheh si qi neh siap minum air lagi kat street tuh. halal ke qi? hahahahaahah sure la halal kan. heheheheeheh aku suka tengok orang masak buah berangan kat petaling street neh, memang cool. sebab dia akan goreng buah berangan tuh dengan pasir and then ada arang la sket2 kan. ala2 macam membakar buah berangan la kan. hehehehehehe. kat sini pun ada banyak bunga yang dijual dengan harga yang murah2 je tau. dulu masa aku kat jb, kalau datang kl aku selalu akan stay kat impiana hotel. dekat je ngan area kotaraya ngan china town neh. ada sekali tuh aku kena submit bajet figure via email. so menggagaulah aku mencari kat mana ada cybercafe. sekali check2 kat petaling street neh ada la plak. heheheheh orang lain tengah surfing dan memblog, aku masa tuh siap boleh bukak excel, edit sket bajet figure untuk company aku kat johor and then siap boleh check email kerja lagi. ahaks. agaklah bosan masa tuh kan. hehheeheheheeh 🙂 masa tuh impiana hotel neh takde lagi wireless. hampeh gak la hotel neh kan. heheehehehehehehehe 🙂
nasi lemak antarabangsa (kg baru)
neh lagi satu tempat yang wajib dikunjungi kalau siapa2 datang melawat ke kl. bukannya sebab apa, sebab nasi lemak antarabangsa kat sini memang fames giler babi siot! heheheheheheheh nasi lemak memang world class la. dah nama pun ada perkataan antarabangsa kan. huhuhuhuhuhu. memang banyak giler lauk. kalau tak silap kedai neh bukak sampai pagi or selagi nasi lemak tak habes la kan. memang syok makan nasi lemak dengan pelbagai lauk and then pekena plak ngan teh tarik or teh ais (kegemaran si qi) heheheheheheeh memang terangat beb!
little india
kat sini memang fames giler especially kalau dah nak deepavali or raya puasa. mana taknya kan semua mende ada kat sini. kalau korang perasan orang memang sentiasa ramai kat sini. kalau korang perasan satu lagi, kita buatlah pelbagai shopping complex yang power2 kat kl cam suria klcc, midvalley megamall, pavilion or even the garden pun, kalau dah nak hari raya or deepavali, kat sini la jugak orang semua datang nak shopping. heeheheheeh memang cool la tempat neh. aku kalau datang sini selalu carik baju melayu, butang baju melayu, kain tudung, ketayap etc. kain2 pelikat kat sini pun cun2 gak kalau pandai pilih la kan. heheheheheheeheh 🙂
kedai bundle kat area chow kit road
sempat plak si qi neh singgah ke kedai bundle kat chow kit. siap bagi warning lagi yang area sini memang tak berapa selamat. hehehehehe memang pun sebab area sini cahaya lampunya agak malap. so sapa2 nak shopping bundle, kenalah lebih berhati2 kan. heheheeheheheheh mamat neh siap angkat jeans bundle satu dengan harga rm10 adjer. murah siot. mana nak dapat jeans yang ala2 levis and then dalam rm10 jer kan. heheehehheehehehhe cukuplah tuh dapat souvenir kan qi! memang berbaloi datang kl
closing speech
ini bukan official closing speech tapi kata2 akhir qi untuk season 1. laalalalalalalala baru la aku perasan rupanya episode kali neh adalah episode yang ke-13 destinasi bajet. maknanya barulah habes season 1. mati2 aku ingatkan kali neh adalah destinasi bajet season 2. rupa2 destinasi bajet season 1 diberhentikan kejap sebab nak memberi ruang dan peluang pada rancangan trippin’. hampeh je kan. hahahhahahahaaa
anyway aku memang suka la ngan destinasi bajet kali neh. memang cool. hopefully by the time destinase bajet 2 mula, aku dah ada astro max. boleh lah aku record and burn dalam cd semua rancangan destinasi bajet neh kan. hehehhhehe puas aku carik dalam youtube takde saper pun nak post kat sana. heheheheheheheeehehehehe 🙂
2 responses to “destinasi bajet 8tv @ season 1 episode 13 – KUALA LUMPUR!”