seb baik local media ada buat coverage. hehe
Chong Wei mara ke pusingan akhir
15/08/2008 7:50pm
BEIJING _ Perseorangan lelaki negara, Lee Chong Wei mencatat sejarah dengan memastikan sebutir pingat milik Malaysia apabila melangkah ke perlawanan akhir badminton Sukan Olimpik Beijing selepas menewaskan Lee Hyun Il dari Korea Selatan, hari ini.
Chong Wei menang 21-18, 13-21, 21-13 dalam tempoh 62 minit dalam perlawanan separuh akhir di Gimnasium Universiti Teknologi Beijing sekali gus mengakhiri kemarau pingat Malaysia dalam Sukan Olimpik sejak 2000 di Sydney.

Pingback: negaraku.net