Category Archives: ugama + islam

Salam Isra’ Mikraj

salam isra’ mikraj rakan2 taulan sekalian

Pengajaran kisah Isra’ Mikraj. Nabi Muhammad SAw diangkat ke langit dalam masa satu malam sahaja.

Betapa pentingnya peristiwa ini sehinggakan satu surah dari al-Quran kalamullah diberi nama surah al-Isra’.

Bersama kita menghayatinya.

source here

sedikit nukilan berkenaan isra’ mikraj ini

untuk tatapan kita yang mudah lupa dan alpa

– – – –  –

sumber di sini ya

Peristiwa Isra dan Mi’raj Nabi Muhammad s.a.w. yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam perjalanan Isra’ mahupun Mikraj seperti tecantum dalam buku ‘Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut ‘Buraq‘. Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra’ berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.

Jom Tengok Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009 di TV1

14 hingga 18 Julai 2009 (Selasa hingga sabtu)

bersamaan 21 hingga 25 Rejab 1430H

kali ni majlis berlangsung di Universiti Teknologi Petronas atau UTP Tronoh Perak

jauh la plak kan. hehe

neh jalan nak ke manjung/teluk intan kan

8.00 malam – 11.00 malam

perghhh aku suka la ngan slogan atau moto dia tahun neh

memang catchy habis.

sedap didengar. elok disebut.

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah

p/s – soalan cepu emas – bila last sekali korang khatam quran eh ?

Loading

Sinari Ramadhan Bersama-Sama Anak Yatim & Miskin Yayasan Amanah An-Nur Maisarah

perghhh pejam celik pejam celik dah nak puasa plak next month kan

hehe flyer neh aku dapat from member aku

sapa2 nak buat amal ibadat sedekah jariah sempena ramadhan neh sila2lah ya

boleh click kat flyer bawah (nak tengok lagi besar la)

banyak pahala dapat kalau beribadat masa bulan puasa nanti kan. hehe 🙂

Loading

Siang Jadi Hilang Ditelan Kegelapan Malam, Alam Yang Terpisah Melenyapkan Sebuah Kisah….

tak. aku tak jiwang karat malam neh. jgn silap

sila jangan betulkan monitor anda.

cuma memikirkan kejadian siang dan malam ciptaan tuhan

kadang2 dalam hidup kita memerlukan bukti kukuh untuk kita lebih mempercayai

tapi bagi aku bukti keesaan Allah berada di mana2

hanya kita sahaja yang tak bisa mengerti akan alam sekeliling

contoh paling simple kejadian siang dan malam

kejadian yang diciptakan Allah dengan begitu sempurna sekali kan

lepas siang, datang malam. lepas malam, datang kembali siang

walaupun pagi itu kadang2 gelap, kita tak bisa memanggil ia malam

walaupun kadang waktu malam itu cerah (di bawah sinaran bulan purnama), kita jarang memanggil ianya siang

ntah kenapa aku rasa mcm terasa istimewa sebab dapat menikmati kehidupan siang dan malam ini

kadang2 kita alpa

seringkali kita lupa

nikmat siang dan malam yang silih berganti

tanpa jemu menjenguk waktu

begitu indah ciptaan Allah kan

– – – – – –

sekian sahaja nukilan pada waktu malam (yg panas)

harap2 esok Allah turunkan hujan untuk korang rasa sejuk kan

insyaAllah. amin

– – – – –

sebagai akhir kata, terimalah lirik asal dalam lagu asal di bawah

Kenapa La Cepat Sangat Korang Blah Eh, Tak Sempat Pun Nak Berdoa Berjemaah…

ini kisah benar. aku rasa semua lelaki menghadapi situasi ini

masa khatib baca khutbah, punyalah ramai yang menunggu

tersengguk2 pun kira menunggulah kan. hehe 🙂

then kita solat jumaat. pastu imam selesai salam ke-dua

tamatlah sesi solat pada jumaat itu

– – – – –

cuma. aku terfikir kenapa cepat sangat makmum semua blah lepas salam ke-2

tak menyempat2 nak berdoa secara berjemaah dengan imam pun

ramai plak tuh yang blah. berduyun2 aku tengok

ada chendol ke apa kat belakang masjid eh ?

ke ramai nak terkucil ke tandas. or mengejar asam pedas linda onn ?

ntah2 nak mengejar dadih sejuk lagi special kat luar pagar kot

or nasi beriyani gam kat tepi masjid. perghhhhhh pekena dengan bandung soda

memang berdesup la aku blah. hehe

dem. termengarut pasal beriyani gam ni pehal dowh !

– – – – –

hehe musykil aku. kita dah solat penat2 2 rakaat

apa ! hengat senang ke nak solat 2 rakaat dengan khusyu’ eh

susah ok. dengan segala macam gangguan, bunyi la, sejuk sebab air-cond la. hehe 🙂